Hello!!!

Monday, December 3, 2012

Post fever and Irfan

Selepas saya baik demam, Irfan pulak yang demam. Dugaan yang diberi. Bertimpa-timpa. Pada saya, biarlah kita yang dewasa ni yang demam. Kalau bayi atau bufak seusia Irfan demam, kesian sangat. Makan pun tak. Susu pun kurang. Nasib baik dia nak minum air masak. Sikit-sikit 'ma nak'. Mintak air masak.

Hari ni terpaksa EL. Menjaga anak yang demam. Walaupun EL tetap ke klinik. Bawak anak jumpa doktor. Jadi takdela yang nak cakap belakang 'entah-entah saja je tu tak nak datang kerja'. Highest temperature recorded 39.2 degree celsius. Itupun post 3hours of neurofen syrup. Malam-malam kena bagi voren supp baru boleh tidur. Itupun bangun pagi masih panas lagi badan dia. Merengek. Bibir merah. Tonsilitis. Viral fever? Bacterial fever? Doktor nak ambik darah, tapi memandangkan anak saya ni punya energy luar biasa walaupun demam, jadi hold dulu la. Kalau lepas on antibiotic masih demam lagi, memang viral fever la tu.

Nak bagi ubat bukannya senang. Punyalab azab. Kalau Irfan nampak mummy die pegang syringe isi ubat, memang dia taknak baring la tu. kalau ayah die ade, peluk je la ayah tu. kalau ayah takde, peluk mummy juga. Taknak baring. Dia tahu kalau baring mesti mummy sumbatkan ubat tu dalam mulut. Tapi Irfan lupa. Mummy die lagi pandai. Mula-mula sembunyikan syringe. Bila dah baring baru keluarkan dan syringe out ke dalam mulut Irfan. Settle masalah. Mummy seorang pun boleh buat.

Harapnya Irfan sembuh cepat. Tersepit dah mummy ni. Nak EL lama-lama pun payah jugak. Kerja macam saya ni kene tengok staff cukup ke tak. Kalau tak cukup, tak boleh cuti. Bukan macam kerja di pejabat biasa. Nak tinggal seminggu pun takde masalah. Mungkin dah tiba masa untuk job hopping? Hurmm.

0 Words from you: