Hello!!!

Saturday, December 8, 2012

20 months old Irfan and 28 weeks little one

Irfan is recovering from his fever after 9 days. Poor Irfan. Tak selera makan. Tak nak susu. Nak air masak je. Tapi sekarang dah ok. Dah nak makan dan susu. Dah banyak main semula. Lega.

Irfan's vocab dah bertambah sikit. Selain mama, ayah, abah dan kakak, Irfan pandai sebut bus dan car. Kalau mengira, mummy baru sebut nombor satu, dia dah empat, enam, lapan, daa. Daa mungkin bermaksud sepuluh sebab kalau saya mengajar Irfan mengira, bila sampai sepuluh nada suara saya macam excited. So does him masa die sebut daa.

Kalau sebut dog, dia akan buat bunyi gheng. Tak pandai ikut bunyi dog sangat. Kalau sebut cat, dia akan buat bunyi aaow. Like a mating male cat. Irfan dah tahu tunjuk bahagian badan bila tanya mana mulut, hidung, tangan, kaki dan perut. Tapi kalau tanya mana rambut, dia akan tunjuk perut jugak. Haha. Mungkin sebab bunyi hampir sama. Satu lagi yang Irfan selalu sebut ialah uwai. Cuba teka apa dia? Lori. Haha. Macam mana entah boleh datang uwai tu. Kalau dalam kereta, dia nampak lori, dia akan cakap uwai. Bila mummy tanya mana uwai? Dia akan tunjuk lori. Sambil cakap uwai. Kalau sebut hujan, dia cakap huek. Sabar je la. Banyak kali dah mummy betulkan. Huek juga yang die sebut. Irfan pandai sebut fish dan aiyo jatuh. Kadang-kadang dia main dekoder astro, lepas tu tekan button off. Bila nampak tv dah takde siaran, dia pun cakap aiyo.

Berat Irfan yang terkini adalah 12kg. Last sekali timbang minggu lepas. Masa 12 bulan, berat dia 10kg. 18bulan, 10.5kg. 20 bulan, 12kg pulak. Banyak jugak Irfan naik dalam 2 bulan. Takpelah. Asalkan sihat kan Irfan.

Little baby is now on his/her 28th weeks. Mummy baru lepas buat MGTT semalam. For the second time for this pregnancy. And for the fourth time in mummy's life. Alhamdulillah. It is normal eventhough the night before mummy's last meal was on 10.30 pm. Sebab oncall, jadi makan pun lewat la. EF dan saya merancang untuk scan for baby's sex. Tapi asyik la takde masa. Hari tu bawak Irfan pergi Puteri, ingat nak scan sekali. Tapi ramai pulak orang petang tu. Takde rezeki nampaknya. Mungkin minggu depan la kot baru pergi.

Setakat ni, saya dah naik 11kg daripada berat sewaktu kandungan berusia 12 minggu. Ambik kau. Dahsyat kan. Hari tu tanya suami, i gemuk tak? Lepas tu suami pun jawab, tak macam masa Irfan la. I dont know wether husband memang jujur atau cuma nak jaga hati isteri ke apa. Hehe.

So far, saya belum start prepare barang untuk new baby lagi. Too early maybe. Or take it easy perhaps. Mungkin dapat bonus ni bolehla beli apa yang masuh kurang atau gamti mana barang Irfan yang dah tak elok untuk little baby ni.

0 Words from you: