Hello!!!

Thursday, March 10, 2011

Painful Thursday

Hari ni ada check up yang kali ke 8. Sekarang check up setiap 2 minggu. Saya dikira bernasib baik sebab kerja di klinik kesihatan. Nak check up bila-bila masa, ok jak bha itu. Tak payah ambik cuti. Tak payah beratur, ambik nombor bagai. Agak-agak dah tak ramai orang, menyelit-nyelit lah nak buat check up.

Setakat ni, haemo-haemo-haemo masih normal. Okey tak kelakar. Haemoglobin masih normal. Takde buat hal sampai kena makan double triple haematinic ke ape. Berat pulak to my surprise, turun okey dari 2 minggu lepas. Macam tak percaya. Tapi saya tahu sebab apa. Minggu ni saya kehilangan selera makan. Cuma sarapan dan makan tengah hari sahaja. Lepas tu dah tak makan. Takde rasa nak makan. Takde selera nak makan.

Hari ni terpaksa mengambil suntikan ATT yang ke 2. Oh man, sakit gila hari ni. Bulan lepas masa ambik first dose takde lah sakit sangat. Yang ni over gila sakit dia. Masih lagi saya rasa ATT tu masuk dalam SC saya. Terasa dia mengalir masuk. Entah needle saiz berapa dia pakai agaknya. Tak sempat nak request 23G. Mungkin die pakai saiz 18G ke ape tah. Sakit weh. Lepas tu bila malam ni pulak makin terasa sakit dia. Nak nangis pun bersendirian menangis. Memang loser la hari ni.

Nasib baik tak payah ada booster dose ke ape lagi. Cukup-cukup la tu.


-Surya Rahman-

0 Words from you: