Hello!!!

Tuesday, February 8, 2011

Gender: Does it matter?

Sana sini orang asyik bertanya 'Dah scan belum? Anak apa ni? Lelaki ke perempuan?' Soalan lazim ditanya oleh super-caring Malaysian women. Cehcehcehcewahhh. Tanya ada apa-apa maksud ke makcik? Nak tolong sponsor stroller sepadan dengan jantina kah? HAHAHAHA.

Bulan Disember lepas, kan saya dah bagitahu saya ada pergi scan di klinik swasta. Ultrasound scan. Yes. Old school kan. Tapi ada aku kesah? Pergi pun sebab EF nak sangat tengok anak dia. Kalau tak kerana EF, mungkin saya masih tersadai kat rumah dengan teka-teki jantina bayi.

Semasa scan tu, takde lah nampak secara jelas apakah jantina anak ni. Tapi menurut kata doktor tu dia ada nampak tadi. Cuma dia nak tunjuk sendiri dengan kami jantina bayi ini. Disebabkan bayi malu-malu seperti ibu dia *ehem ehem*, maka dia menutup kemaluan sendiri. Tapi doktor tu bagitahu jugak lah jantina apa yang dia nampak tadi. Tapi yours truly ni kan super OCD kan. Ada pulak saya percaya tanpa bukti yang sahih. Tapi EF pulak begitu yakin dengan kata-kata doktor tersebut sampaikan banyak barang bayi dipilih berdasarkan warna yang menjurus kepada jantina tersebut.

Okey. Sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan hari ni. Saya cuma nak kongsikan beberapa perkara tentang gender prediction. Yelah, bila pregnant kan ada 1/2 kebarangkalian anak itu lelaki atau perempuan kan. Jadi hari ni mari kita sama-sama kaji.

Pendapat Orang 1: Kalau perut ibu mengandung tersebut tajam ke hadapan, anaknya adalah lelaki.
Kalau perut ibu mengandung tu membulat dan ke tepi, anaknya adalah perempuan.

Pendapat SR 1:
Ini pendapat orang tua-tua. Jadi hanya mata orang tua-tua sahaja yang boleh menilai sejauh mana keadaan perut ibu mrngandung tersebut. Kalau anda dapat menilai, maka anda adalah orang tua. HAHAHA.

Pendapat Orang 2:
Jika heart rate bayi lebih daripada 140 beats/minute, anak tersebut adalah perempuan.
Jika kurang, anak lelaki.

Pendapat SR 2:
Habis kalau ibu tersebut baru minum caffeine lepas tu anak dia terserap caffeine sekali, lepas tu dia palpate habis cane?

Pendapat Orang 3:
Kalau perut tinggi ke atas, anak perempuan.
Kalau perut ke bawah, anak lelaki.

Pendapat SR 3:
Habis kalau mengandung kembar lelaki dan perempuan, macam mana agaknya rupa perut ibu tersebut ye.

Pendapat Orang 4:
Kalau ibu tersebut mengalami morning sickness yang keterlaluan dikenali sebagai hyperemesis gravidarum (okey google cepat apa dia), kemungkinan anak yang dikandungnya adalah perempuan.

Pendapat SR 4:
Tak berani nak komen sebab dah masuk journal perkara ni. HAHA. Tapi emak saya tak mengalami apa-apa morning sickness pun, tapi melahirkan anak perempuan. Jadi?

Pendapat Orang 5:
Tambahkan usia anda semasa conception dengan bulan conception terjadi. Jika nombor ganjil, kemungkinan anak perempuan. Begitu juga sebaliknya.

Pendapat SR 5:
Takde pendapat.

Pendapat Orang 6:
Tambahkan tarikh ovulasi anda dengan usia anda semasa conception. Kalau nombor ganjil. kemungkinan anak lelaki.

Pendapat SR 6:
Takde pendapat lagi.

Pendapat Orang 7:
Chinese Gender Chart. Katanya 90% accurate. Sila carik sendiri berdasarkan carta di bawah.


Pendapat SR 7:

No comment.


Sebenarnya, perkara di atas semua ini adalah ramalan sahaja. Pendapat saya, jangan lah percaya sangat. Perkara tentang jantina ni kan kejadian Tuhan. Kalau Dia kata, anak lelaki, tak kira lah perut kau bentuk bulat ke, tinggi ke atas ke apa ke, tetap anak lelaki. Anggap sahaja ia sebagai hiburan okey. Jangan taksub pulak.



-Surya Rahman-

2 Words from you:

Unknown said...

ade jugak scan anak pompuan tp kuar rupenyer laki...huhu brg kaler ape pun 2 2 gender blh pkai kn

SuryaRahman said...

hahaha. tu aku lagi no komen.