Hello!!!

Saturday, February 5, 2011

7 Months Pregnant

Sebenarnya, saya tak sedar pun sekarang ni dah berada di trimester ketiga. Oh man. Mengecutkan semangat sekejap. Macam-macam berada di fikiran.Takut, seram, tak sabar. Semua pun ada. Termasuk menu makanan yang hendak dimakan sebelum bersalin. HAHAHAHA.

Bulan ni berat badan tak naik berapa banyak. Haih. Macam pelik pulak. Anak aku ni tak membesar ke apa. Habis berat badan naik sikit je apasal. Kalau tengok, emak die membesar bagai juara. See. Dasar perempuan kan. Tak pernah puas. Naik berat badan banyak salah, naik sikit pun salah, tak naik pun salah. Ada je yang nak dikomplen. HAHAHA.

Kaki masih selamat daripada bengkak. Belum ada tanda-tanda nak bengkak. Harap-harap takde bengkak sampai bersalin. Habis kalau bengkak kan maksudnya water retention. Nanti apa yang boleh saya buat. Takkan nak makan frusemide kot. Ataupun prolase. Mustahil la kan.

Perut juga masih bebas daripada stretch mark. Jangan begitu gembira. Bertenang. Nantikan berita tentang ini bulan hadapan.

Sekarang ni saya terlalu kerap mengalami sakit belakang. Sakit oooh. Sakit di kawasan belakang torso dan buttock area. Kadang-kadang, nak bergerak pun susah. Perkara ini kerap terjadi ketika petang menjelma. Kemudian berlarutan sehingga malam menjelma. Jemudian hilang ketika tidur sebab tak ingat apa-apa. Esok pagi bangun, eh dah tak sakit la. Kerana sakit belakang ini kadang-kadang ia menjejaskan cara pergerakan saya. Sampaikan EF cakap 'You jalan macam penguin la'. Yeah, right. Macam penguin (please imagine). Terima kasih la EF. That's why I love you. Grrr. Geram ni.

Disebabkan sakit belakang yang ketara, jadi saya pura-pura insaf la nak ambil Obimin plus dan Obical (sejenis calcium suplement dipercayai dibuat oleh company Obimin jugak yang saya perolehi secara percuma kerana sample diberikan kepada pejabat kesihatan). Tapi nama pun pura-pura insaf. Hari ni makan, esok lupa nak makan. Kalau teringat pun, dah siap baring nak tidur, obimin pulak kat bawah. Memang takde harapan la nak turun bawah semata-mata nak makan obimin kan.

Persiapan untuk si kecil juga telah dan sedang dilakukan. Err. Boleh pengsan sejenak ibu bapa ni. Harap-harap nanti boleh recycle untuk adik-adik dia akan datang InsyaAllah. Sekarang ni pun masih ada yang tak cukup lagi. Walaupun barang yang diperlukan disenaraikan, tapi ada jugak yang dalam list tu saja pura-pura tak nak beli. Atau pura-pura cakap eh ni tak perlu ni. Nanti dia dah besar baru beli. Nak berbelanja secara berhemah adalah sangat sukar. Yeah. Nafsu okey. Kau jalan pusing satu shopping mall, lagi tinggi nafsu kau nak berbelanja untuk si kecil ni. Nasib baik lah kadang-kadang kudrat membataskan. Kalau tak saya rasa, dah penuh bilik si kecil ni dengan barang-barang dia. Saya lebih tertarik dengan baju bayi. Oh man. Boleh pengsan okey nak pilih satu daripada banyak pilihan. EF pulak setiap kali pergi shopping mall, mesti dia beli hat, mitten dan bootees. Siap cakap lagi 'Nanti setiap kali baby keluar rumah I nak pakaikan dia hat'. EF tak tau pulak, sesetengah bayi jenis rimas dengan perhiasan kepala habis nanti dia tarik semua siap nangis hentak kaki lagi.

That's it for 7 months pregnant. Entry habis secara mendadak.


-Surya Rahman-

3 Words from you:

Mrs.Qarlista said...

memang pun..rase nak pengsan time keluarkan duit bayar bil barang2 si kecik..hmm..kene beli sikit2 baru tak terase sangat.. :)

hazwanali said...

ko beli baju bayi boy ke girl?

SuryaRahman said...

nad: kita pun beli sikit2. tapi sikit2 pun besar jugak bil nya. takpelah. untuk dia, berhabis pun sanggup, kan.

hazwan: aku kan ibu yang memandang masa depan. jadi beli barang haruslah yang tidak mencerminkan identiti mana-mana jantina supaya boleh diguna pakai lagi pada masa depan. haha. bijak tak?