Hello!!!

Tuesday, February 23, 2010

Bila sudah rajin mahu update, begini la jadinya...

1.First time jumpa your hubby bila dan kat mana?

Err. Soalan ni memang susah nak jawab. Maksud saya susah nak explain. Jumpa tahun 1997 umur 11 tahun. Beliau ada rambut macam itik, lepas tu muka macam apek. Serius. Tak tipu. Kisah selanjutnya boleh baca apabila anda klik gambar merpati dua ekor kat sebelah kiri ni ha.

2.Love at first sight?

Tentulah tidak. Love at 4312th sight. HAHA.

3.Who is he when the 1st time you met him?

As described above, seorang kanak-kanak lelaki pendek, rambut macam itik, muka macam apek. HAHA. Macam ada rhyme plak.



4.How long it takes for him to ask you out for a date?
Years. 9 years approximately.

5.First place dating?

JJ Bukit Raja as this is one is the nearest place to go. Masa tu masih duduk dalam kolej kat UiTM. He picked me up around 6 something, 17th March 2006.

6.How he proposed?

******, kita kahwin tahun ni eh?

7.Special date with your hubby?

1st Jan 2006 - The renewal of the friendship or relationship whatever it is called. That is why it is printed as the date where we were in love on the glass given during wedding day.
17th March 2006 - First date ever. Ever. Maksudnya, sebelum ni memang takde keluar togetehr.
13th December 2008 - Engaged to each other.
12th December 2009 - Married to each other.


8.Changes that he asked you to do?

As far as I can remember, macam takde lagi. Ke aku dah lupa dia suruh berubah? HAHA.

9.What is about him that you love so much?


Oh. Yang ini. Malulah nak confess dekat sini. Simpan dalam hati ada taman sudah. HAHA.


10.What is about him that you wish he would change?

Semoga suami saya berubah tidak menonton bola di TV lagi. HAHA. Macam takkan dapat permintaan ini.

11.You will lose your mind and crack your head when he..

..is not around.

12.You will smile through your eyes for the whole day when he....


..err..when he..err..rahsia rumah tangga.

13.Complete below sentences, "My love towards you hubby is as big as...."

..your stomach, growing everyday. Tengoklah siapa jaga perut you kan. Bangga ni. Kembang hidung huuf huuf. HAHA. Habislah aku kalau EF baca.




Baik. Ziha, Haliza dan Nad Nazira. Sila buat sorang satu.





Monday, February 22, 2010

Wedding Cakes

Hari ini saya EL. Emergency leave. Jangan tanya kenapa. Memang emergency sebab itu saya emergency leave. Menghasut suami supaya berduet emergency leave. Tapi nampaknya hasutan tak berjaya. Cuba lagi lain kali.

Baik. Hari ini saya mahu membebel. Ingat lagi dulu saya ada bagitahu tak mahu potong kek masa kahwin? Sebab saya tak berapa suka makan kek. Setakat makan sesuap dua boleh lagi. Nak habiskan sepotong, 3 hari belum tentu habis. HAHA. Jadi sayamacam tak nak buat lah potong kek ke dah potong belum ke. Err. Terpesong lagi.

Tapi sebab emak suruh jugak, maka saya pun mentempah kek akhirnya. Saya tempah agak lewat la jugak. Sebulan sebelum kahwin, baru sibuk nak cari baker. Memang seram-seram ayam dah masa tu.

Alhamdullilah, masa bloghoping jumpa blog En Fadzil ni.Dan nasib baik En Fadzil masih sudi menerima tempahan yang agak terburu-buru jugak. HEHE.


Masa nak tempah ke, saya fikir alah bukannya orang makan sangat kek ni. Biasa pun sorang makan sikit-sikit je. Jadi saya tempah kek 2 tingkat sahaja. Sekali, lepas potong kek, saya tak nampak dah bayang-bayang kek itu selepas itu. HAHA. Mintak maaf lah kepada sesiapa yang terliur tapi lepas tu tak dapat merasa. Pengantin pun makan secubit je atas tujuan bergambar. HAHA.


Mamat, Wahid dengan Khairul Khai (alamak lekat jugak nama ni karang) pergi ambil kek di rumah baker di Shah Alam. Alahai, berdebarnye hati masa tu. Maklumlah, yang ambil tu ketiga-tiganya bujang. Faham-faham je lah kalau bujang teruna ni macam mana. Tapi alhamdulillah, kek selamat sampai di rumah.


Bila dah tengok gambar ni, baru aku faham maksud kau Along masa kita semua pergi ambik kek Ziha hari tu. HAHA. Aku tak perasan pun masa nak potong kek hari tu.


Kek hantaran dari pihak EF pula, gambar di atas 2 dari kiri, dijadikan kek harijadi Uda. HEHE. Jadi la tu kan Uda. Ada jugak kek di hari jadimu. Dahlah pagi-pagi buta lepas sarapan terus potong kek. HAHA.

Baik. Itu saja.

Sunday, February 21, 2010

Ziha Got Married!

Siapa Ziha? Err. Mesti macam blur kan. Baik. Ziha ialah seorang cousin. Beliau berumur seperti saya. Maksudnya sebaya. Beliau kawin juga pada umur sebaya saya walaupun tahun lain. Kami dikatakan mempunyai muka yang sama. Err. Ini saya kurang pasti mana yang sama. Widie kau jawablah yang ni. HAHA.

Baik. Sila tengok gambar.



Disebabkan tiket ke JB adalah sangat mahal. Mahal yang mahal betul ni. Mentang-mentang lah chinese new year. Naik tak ingat. Maka jadilah sepasang suami isteri ni menaik pesawat menuju ke Singapura. Lepas itu jadik la sepasang suami isteri itu backpackers. Naik turun bas dari Changi sampai ke CIQ. Sepatutnya last stesen kat Kotaraya. Tapi sebab dah malas nak naik bus lagi, saya mempaksa suami jalan kaki menuju ke City Square dari CIQ. Huh. A long journey.


Gambar sekitar majlis persandingan. Nampak tak kena tol kat situ. Yes, saya berjaya mendapat tol berkenaan!


Semasa Ziha nak dinikahkan, saya juga turut merasa berdebar. As if saya pulak nak dinikahkan. HAHA. Tapi, macam masih terasa la debaran dua bulan lepas. Jadi smabung merasa masa Ziha nikah. HAHA.



Apa persamaan ketiga-tiga anak gadis di atas?
1. Ketiga-tiganya ialah angah.
2. Ketiga-tiganya ialah sudah berkahwin.
3. Ketiga-tiganya langkah bendul.

Err. Mintak maaf kepada ketiga-tiga along.

Baik. Saya sudah buat ulasan Ziha kahwin. Sekian.


Saturday, February 20, 2010

Kalau mood rajin itu datang...

Baik. Jangan sambung ayat di atas. Beranilah kau nak sambung.

Sebenarnya saya sedang membimbangi sesuatu perkara yang berlaku sekarang ni. Haih. Susah hati betul bila fikir masalah ni. Macam dah putus asa nak buat ape pun dah serba tak kena. Nak tonton TV pun jadi tidak senang. Nak lipat baju lagilah hati tidak tenang. HAHA. Biar yang hati tenang sahaja melipat kain baju. KAHKAHKAH.

Runsing betul fikirkan masalah ni. Nak menangis pun masalah takkan selesai. Kalau tidur, masalah akan bertambah besar. Nak makan, masalah lain pula akan timbul. Nak mengadu kat pejabat kadi, memang takkan dilayan. Mengadu kat emak, lagilah tak layan. Mengadu kat along dengan uda sumpah kena gelak kaw kaw. Haih. Memang runsing lah.



Nah. kau tengok gambar di atas. Masalah memang jelas kelihatan di situ. DOUBLE CHIN


Masalah semakin membesar sejak kahwin. Sampai EF pegang bawah dagu sambil cakap 'Eh, apa ni'.

Nangis.



Masih hidup

Baik. Saya memang tidak update blog selama 2 minggu. Huray. Berjaya!Lalalala. Kau ingat senang nak buat macam ni? HAHAHAHA.

Baiklah. Sebab utama saya tidak update blog ialah kerana tidak mempunyai kesempatan waktu untuk meluangkan diri menghadap blog. Ceh. Alasan baik punya. Ini kerana sekarang saya adalah berada dalam situasi genting. Kerana attach di clinical sekarang. Sigh.

Sebelum masuk, sumpah takut macam hidup akna berakhir semasa attach di clinical. Mendengar cerita senior mereka tidur beratapkan buku berbantalkan laptop, memang macam miserable punya hidup. Tapi selepas masuk,tabiat lama yang harus tidur sebelum pukul 11 atau seleway-lewatnya pukul 12 tetap diteruskan. HAHA. Ada aku kisah tak dapat jawab soalan preceptor? Esok pergi tanya DIC suruh mereka jawab. KAHKAHKAH.

Baik. Mungkin anda tidak berapa faham apa itu clinical. Malah suami saya juga macam blur lagi kenapa saya macam nak stress pasal clinical padahal clinical tu macam sejenis bubur kacang hijau sahaja. HAHA. Clinical bermaksud mari masuk wad sambil membaca nota kes pesakit sambil membuat huraian kenapa dan kenapa dan kenapa ubat ini diberikan. Kemudian melihat pesakit kesakitan berdarah-darah tiub kencing tiub ubat berselirat. Sigh. I hate this much. Very much. But this is my job. Should I?

Saya mahu cerita pasal Ziha dan perkahwinannya. Tapi saya tak faham kenapa gambar tersebut berketurunan saiz besar mensusahkan mahu upload. Jadi seperti biasa. Tunggu mood rajin datang menurun dulu. HAHA.

P/s: Ya Allah, berikan aku dan keluargaku kesihatan yang sempurna.


Sunday, February 7, 2010

Persandingan Merah

Baiklah. Hari ini saya rajin. Maka tercipta 2 entry dalam satu hari. Dalam erti kata lain. Pagi ini saya free kerana suami masak breakfast. Jadi saya boleh silang kaki main internet. Yihuuu.

Baik. Jangan buang masa. Sila baca.

1. Sebenarnya, baju pilihan adalah maroon white. Kemudian tukar kepada maroon gold sebab bertukar bridal. Ceh. Mengada. Kemudian bertukar jadi red black. Haih.

2. Baju red black itu dipilih semasa Kak Mimi mempasang pelamin di rumah. Memang last minute. HEHE. Masa tu jugak try fitting.

3. Saya berterima kasih kepada Kak Mimi kerana tidak mencantas kening saya malahan beliau hanya melukis sahaja. Yeay. Hip hip hurey. Kening terselamat dari pisau cukur.

4. Mengikut perkiraan asal, family akan mempakai baju a tone lower than baju pengantin. Tapi sebab pengantin mentukar baju saat akhir, jadilah kami Keluarga Merah. HAHA.

5. Semasa persandingan, kami melakukan fusion kepada adat Johor dan Seangor. HAHA. Saya mensambut suami di pagar (Selangor) kemudian dihalang sekumpulan gadis remaja untuk mengkutip tol (Johor). Funny. Sebab bila tengok gambar, Emak gadis pun ada. HAHA. Cute.

Sekian. Sila tengok gambar.


Keluarga Merah
Cousins
Tengok sahajalah.
Kelab 401 (seorang lagi belum sampai)
Kaberet
Classmate UiTM



Baiklah. Gambar lain tunggu dari photographer dan tunggu rajin baru upload. Bagi banyak-banyak dalam satu dose nanti engkau muntah darah pulak. HEHE.

Persandingan hijau? Tunggu rajin jugak. HAHA.

Tahniah!

1. Congratulation to Nad Nazira for her wedding with Anuar on 26th December 2009. Sorry for the late wish and sorry for not coming. Hope you both will be happy forever :)

2. To my senior during uni,Melissa congratulation to both of you!

2. Congratulation to Haliza for her wedding with Hafidz on 6th February 2010. Sorry for not coming :< Btw,you two are a sweet couple :>

3. An advance congratulation to my dearie cousin, Ziha for her wedding on 14th February 2010. Aku tak tau lagi balik ke tak ni. Tiket mahal weh. Macam cekik darah mereka ni. Takpe. Aku wish semoga kau dengan Zul happily ever after. Hehe. And semoga kau dapat berpindah ke Alor Setar. Oh my. Jauh lah kau lepas ni. Takpe. Cinta itu buta. HAHA. Untuk Zul, welcome to the family.

Siapa lagi yang saya belum wish angkat tangan?