Hello!!!

Thursday, July 29, 2010

Nazar

Ada orang bernazar: kalau Argentina menang World Cup aku botakkan kepala.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat keuntungan saham, aku sedekah separuh kat rumah anak yatim.
Ada orang bernazar: kalau dapat straight A masa SPM, aku belanja satu sekolah makan KFC.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat isteri cantik violin shape, aku buat kenduri tiga hari tiga malam.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat anak perempuan aku bagi nama Suryahani. HAHAHAHA. Ok tak kelakar.


Hari ni sudah selesai nazar saya. Puasa nazar. Kerana mendapat posting di KK. Gila dah dekat setahun baru nak buat (Isnin ni cukup setahun). Kalau mati sebelum tunaikan, tak pasal-pasal kena tuntut kat akhirat nanti.

Kira-kira setahun yang lalu, masa tu saya ada bernazar nak berpuasa 3 hari kalau dapat posting di KK. Masa tu dahlah new comer kat Sabah ni, pastu dah nak kahwin. Kalau lah dia campak ke Tawau ke, tak menangis setempayan ke apa.

Jadi lepas dapat KK, haruslah tunaikan nazar tersebut. First few months kat Sabah, saya sibuk dengan persiapan nak kahwin (ceh nampak sangat alasan menipu padahal bukan prepare sangat pun). Selepas berkahwin, cuaca di Sabah amat panas menyebabkan tertunda nait nak berpuasa. Akhirnya baru sekarang lah berpuasa. Alasan baik kan. Padahal 3 hari je. Bukanlah 3 bulan. Kalau sebulan puasa sehari pun, dah lepas sangat. Tapi saja carik alasan.

Dugaan betul berpuasa di OPD. Nak bergaduh dengan patient, tapi sabarkan aje. Bau nasi lemak, pisang goreng dan cempedak goreng memang menggugat iman. Tekak kering tak payah cakap lah. Dah satu hari sampai 600 lebih pesakit. Tu pun kira sikit. Kalau datang musim dia, sampai 800 lebih satu hari.

Jadi usahlah pesakit-pesakit komplen staff yang bagi nombor tu muka ketat je tak nak senyum. Orang tu tekak kering bibir kering. Kalau senyum, nescaya tertarik kulit kering tu dan mengakibatkan pendarahan. Lepas tu rasa karat kat mulut.

Ok dah. Habis.


p/s: Anda ada nazar apa-apa?



4 Words from you:

Unknown said...

macam cter upin ipin plak
Episod 83: Nazar

SuryaRahman said...

betul betul betul

haha.

Tapak Kaki said...

orang pompuan memang selalu buat-buat lupa pasal puasa ni.. bab puasa ganti tok sah citer la..kehkeh~

Haliza Haron said...

dugaan nk puasa kalau bukan di bln ramadhan mmg camtu. Sana sini tgk org mkn. hehe..