Hello!!!

Monday, July 12, 2010

Fact(s)

1. Terkenal sebagai senang menangis. Segala apa semua nak nangis. Ayah marah adik, saya yang nangis, emak cakap kalau jatuh cepat-cepat pergi urut pun nangis, lipat baju Mamat lepas dia lapor diri kat KKBN pun nangis, dekat KLIA nangis-nangis dengan uda dan along, kalau EF outstation, first day dia call mesti akan nangis-nangis macam kena tinggal 2 tahun. HAHAHA. Tapi yang ajaib, masa nikah tak menangis. HAHA.

2. Asal dari Johor. Emak ayah adik along uda pun semua asal dari Johor. Tapi tak pandai masak laksa Johor.

3. Tahun pertama percintaan dengan EF, berat badan naik 17 kg. Syabas, Fitri.

4. Semasa dispense ubat, kalau tangan terkena pesakit, confirm lepas tu terus bangun cuci tangan. Tak kira lah tengah peak hour ke ape. Memang geli.

5. Selepas kahwin, tak pernah kisah pasal kereta comot ke, tayar tak cukup angin ke, servis kereta ke, road tax mati ke. Semua serahkan pada EF untuk Viva Espana dan ayah untuk kenariku.

6. Dulu selalu survey baju la kasut la apa la. Sekarang asyik survey sofa la, dining set la, bar chair la, kipas la, lampu la. Haih. Priority dah berubah. Tua sudah.

7. Pernah jadik best student physics masa kat MRSM. Tapi hakikatnya, physics is not my fav subject. Dan tak faham konsep dia. HAHA. Masa tu hafal je segala formula yang ada dalam buku.

8. Taknak balik ke Matriks Perak walaupun gagang panggil sirih balik. Tak mungkin. Nehi. I takut dengan Charlie!

9. Suka tengok cerita horror. Tapi nanti malam teringat-ingat pastu takut nak pergi tandas. HAHAHA. Loser betul aku ni.

10. Masa kecik dulu umur 5 tahun, masa tu dalam kereta, lalu depan rumah orang tua-tua, terus cakap dengan ayah 'Ayah, nanti ayah dah tua angah hantar ayah pergi sini eh'. Sampai sekarang ayah mesti ungkit hal ni. HAHA. 5 tahun weh. Mana tau rumah orang tua-tua tu untuk yang anak dah tak sayang. Ingatkan memang bila dah tua kena masuk rumah tua. Buat malu aku saja. HAHAHA.

11. Satu-satunya negeri belum dijejaki dalam Malaysia ialah Sarawak. Fitri, take note please! Hehe.

12. Ribena mobile peach, indomie kari kapitan dan dahfa. Memang tiada tandingan.

13. Honeymoon? Belum lagi. HAHA.


Ok dah. Nanti sambung.


8 Words from you:

Unknown said...

weh dah kawen bape bulan pun blm honeymoon lagi kah??? :P

SuryaRahman said...

haha. duit abis kat rumah. jadik honeymoon biar dulu lah. haha.


boleh?

Tapak Kaki said...

honeymoon dalam bilik kat rumah baru sudey..hehe

Anonymous said...

fakta ketiga memang creepy. dah la semalam lipid profile aku lawa. invented ye.

=.='v

Anonymous said...

silap. inverted

zzz~

K154 said...

Aku tau sapa Anonymous lipid profile kat atas ni. Sah2 la ko dgn Surya ni hyperlipidemia, hypercholesterolemia cinta kolesterol kan kan.. Hahaha.

p/s : Patut la sempit.

Anonymous said...

ces
!!

cek lipid profile ko stat!
last week ngelat amik darah dah tahu dah sebab ape, ko neves kan? kan?
gahaha~

K154 said...

Orang tu neves tengok aku. Malas ah