Hello!!!

Sunday, June 13, 2010

Sudah bersediakah?

Sana sini orang bercakap tentang World Cup. Baik kat tempat kerja, kedai-kedai makan, pasar, mungkin tandas juga, World Cup adalah topik yang penting lah untuk diperkatakan.

Walaupun sepak mula World Cup sudah pun berlaku Jumaat lepas (eh apasal ayat sebegini skema ni), tapi tidak di rumah saya. Aik. Pelik bukan. Padahal selama ni saya asyik lah merungut tak dapat tengok TV sebab EF nak tengok bola. Nah. Itu sebab EF berada di KL sekarang. Jadi World Cup secara rasminya belum bermula di rumah saya. HEHE. Tetapi mungkin esok saya terpaksa redha mengikut keadaan.

Kadang-kadang saya cuba mencari apa X factor bola ni sampai orang boleh hilang kawalan sebab bola. Tengok je la kalau ada game kat Malaysia ni. Penyokong kipas susah mati sampai sanggup bergaduh lempar botol mercun dan sebagainya. Saya juga mencari sebab kenapa orang sampai sanggup tak tidur tak keluar tengok wayang tak dating sebab bola (ni macam meluahkan perasaan pulak. HAHAHAHA. Tak tak tak. Gurau je).

Kerana hendak mencari jawapan kepada kepeningan saya itu, saya mengikut EF menonton bola. 2 kali saya ikut beliau. Sabah vs MP Muar dan vs PKNS FC. Kalau saya tidak silap la. Tapi apa saya dapat? Jawapan? Nehi. Saya tak suka menonton bola di stadium. Atau mungkin kerana saya pihak berkecuali jadi saya tak dapat carik jawapan? Err. Entah. Tapi berfikir positif! Anggap saja tengok bola tu macam tengah dating. HAHAHAHAHA.

Tak jumpa jawapan di stadium, saya ikut pulak EF main futsal. Hampir tiap-tiap minggu, kalau takde kerja lah, EF main futsal. Dan saya menjadi penyokong setia HUAHUAHUA. Tapi apa saya dapat? Jawapan? Nehi lagi.

Saya pun tak faham kenapa saya tak suka bola. Walaupun saya tak suka, tapi saya ambil tahu jugak pasal bola. Saya tahu jugak apa itu offside walaupun macam lembab sikit nak apply masa orang tengah main. Saya tahu lah Chelsea menang hari tu. Saya tahulah World Cup kali ni kat South Africa. Saya tahulah Maradonna jadik coach Argentina. Saya tahu lah ramai yang komplen dan tak suka Jabulani. Tapi saya tetap tak dapat nak timbulkan rasa suka pada bola. Nah. Pengakuan jujur.

Kesimpulannya, saya masih tak faham kenapa bola menjadi satu fenomena. Padahal bola je kot. Walaupun saya tak suka, anggap saja lah 'Marriage is about give and take. This time I give. Next time you have to give'. HAHAHAHA. Jadi musim World Cup kali ini, adakah saya sudah bersedia?

Ye. Saya hampir bersedia dan redha bila tiba-tiba EF cakap habis World Cup, EPL (or should I call it BPL) start balik.

Nak menangis aku. Bila kot bola ni ada break.





2 Words from you:

Tapak Kaki said...

bola akan break bila kiamat kot.hoho

SuryaRahman said...

Menangis bersungai-sungai.

Kepada astro. Tolonglah batalkan siarang langsung.