Hello!!!

Sunday, June 13, 2010

Baju

Kategori baju kurung milik saya.

1. Baju confidence
Baju ini dipakai terutamanya bila ada presentation atau exam. Baju confidence ini asalnya adalah baju biasa jugak. Tapi mempunyai superpower. Iaitu bila pakai akan terasa keyakinan pada tahap dewa sakti. Jadi baju ini akan dipakai ketika hari tertentu. Tetapi hari bukan tertentu pun boleh pakai. Macam mana sesepasang baju itu boleh termasuk dalam kategori baju confidence? Ciri utama ialah baju tersebut mampu memberi efek kurus dan tinggi (HAHAHAHA) dan mampu memberi haba ketika seram sejuk.

2. Baju kecemasan
Baju ini dipakai pada hari kecemasan iaitu hari bangun lambat tapi baju belum gosok. Ini masa zaman belajar dulu. Kalau sekarang dipakai bila hari malas menggosok atau hari semalamnya mengalami sakit kepala atau tidak sihat atau balik kerja EF terus ajak pergi ronggeng. Ciri utama baju ini ialah tidak perlu digosok dan tudung boleh mixmatch kaler ape pun masuk.

3. Baju batik atau baju berkain batik
Ini tak perlu dipertikaikan. Hari Khamis sahaja pakai. Walaupun begitu, ada baju kategori ini juga subset kategori confidence.

4. Baju yang pasangannya shawl
Baju ini hanya dipakai ketika tempat bekerja adalah tempat beraircond. Kalau yang agak-agak aircond macam malu-malu ayam nak menghembus tu tak payah pakai. Karang nanti menggelupur kepanasan.

5. Baju berlining
Alasan yang sama dengan no 4. Panas weh. Agak-agak lah kalau nak pakai pun. Lagi-lagi kalau lining tu satin. Nak menangis aku kalau kena pakai pastu berjalan ke hill side.

6. Baju memori tertinggi
Contoh ialah baju hantaran tunang, baju tunang, baju nikah etc. Ini akan dipakai mengikut keperluan sahaja. Err. Baju nikah itu tak pernah pakai lagi lepas nikah. Macam tak berani je nak try.

Ok. Kategori macam banyak. Macam je. Yang benar, takdelah begitu. Jadi baju yang tak termasuk dalam mana-mana kategori boleh dipakai begitu sahaja. Takde syarat. Nah. Sebenarnya rasa dah bosan dengan wardrobe sendiri. Hampir menuju ke waldrobe malfunction sebab tengok baju yang sama setiap hari.

EF: Wink Wink Wink. I dah bagi alasan memohon membeli baju baru. HAHA.

2 Words from you:

g_dah86 said...

aku pun ada yg no1 dan 2 :P

SuryaRahman said...

haha. high 5.

sekurang-kurangnya aku tau aku bukan weirdo buat kategori baju macam tu.