Hello!!!

Friday, May 21, 2010

Mengantuk

Semalam mereka sampai dalam jam 12.30 malam. Disebabkan kereta berkapasiti 5 orang, maka terpaksa mengambil mereka secara berperingkat. Sampai-sampai je ke KK, ayah cakap 'Ayah laparla. ANgah masak tak?' Dush. Kenapa aku lupa diorang tak makan lagi?

Jadi kami ke mamak 24hours secara apa pemeringkatan 2 kali ni Jah. Nah. Ambik kau. Balik rumah dah jam 2 lebih. Kasik mereka settle down, baru lah saya pulak settle down. By that time, dah pukul 3. Disebabkan baru lepas gelak super duper kerana lawak pramugari, maka serotonin sudah menghilang. Last-last, pukul 3.30 baru dapat tidur.

Hari ini kerja seperti biasa. Cuma mengambil time off ketika petang. Mengantuk ketika kerja tak perlu dipertikaikan. Memang kehadiran ngantuk adalah diwajiban. Petang pulak membawa mereka melihat kaki gunung dan pekan Kundasang. Sepanjang perjalanan menahan mata ngantuk dan sakit kepala.

Baik. Sekian. Saya mengantuk.


0 Words from you: