Hello!!!

Wednesday, April 28, 2010

Menyesal

tak hadam sungguh-sungguh statistic masa zaman muda remaja terbilang dulu. Kan dah terkapai-kapai ku kelemasan nak buat critical appraisal.

Chi-square?
Two-tailed test?
Null hypothesis?
Standard deviation?
Cochrane?
Fisher?
Play of chance? Chance to play tau la. Err.
Terima kasih internet.


Konklusi: Saya blur. P value less than o.o5. Significantly blur compared to placebo.

HAIH. I dont like critical appraisal.


Monday, April 26, 2010

Outdated sangat kah aku ini?

Sejak bila banana pie dekat McDonald discontinued?

Kenapa saya tak tahu?

Kenapa discontinued?

Atau McDonalds KK saja yang discontinued?

Baru terasa mahu makan banana pie.

Atau nickname nya lepat pisang goreng.


Batu belah, batu bertangkup
Tangkuplah aku, makan lah aku
Aku kempunan banana pie McD



p/s: Dekat semenanjung masih adakah banana pie?


Sunday, April 25, 2010

Ada apa pada nama?

Dulu masa kecik saya tak suka nama saya. Sebab panjang. Susah nak tulis kat buku atau kertas exam. Nama saja dah 12 huruf. Campur nama ayah jadi 18. Panjang tahu. Sebab tu saya tak suka letak binti di tengah. Kalau tak dah jadi 23. Tapi sekarang diorang pandai. Mintak nama seperti dalam IC. Maka kena lah letak binti walaupun panjang.

Orang selalu salah eja nama saya. Saya tak suka. Sebab bagi saya bila salah eja, itu bukan nama saya, dan seterusnya bukan saya. Tapi orang selalu salah tulis. Common mistake ialah Suria. Saya paling tak suka orang tulis begitu. Memang tak suka. Sebab saya SURYA.

Saya pernah tanya emak kenapa letak nama saya begitu panjang dibandingkan dengan yang lain. Emak kata dulu emak nak letak nama saya Norfarahani. Tapi disebabkan dia teringat ada satu klinik kepunyaan anak Dato' Onn, kalau saya tak silapla, bernama Klinik Suriani, maka emak pun letak nama saya bersempena nama klinik itu dengan sedikit adjustment. See. Nama aku ada asal usul. Nama kau ada? HEHEHE. Usia 4 hari emak saya dah tetapkan nanti besar amik jurusan apa. HAHAHHA. Kidding.

Tapi cari punya cari, nama Surya itu tidak ada maksudnya. Pernah juga saya tanya kawan-kawan yang bersekolah arab. Ada yang kata maksudnya rahsia hati. Ada yang kata telaga tujuh. Saya pun tak tahu lah.

Kat rumah saya dipanggil Angah. Obviously sebab saya anak kedua. Tapi itu nama kat rumah. Jangan dipanggil oleh mereka yang bukan keluarga atau bukan berada di sekeliling rumah saya. Kerana nanti saya jadi janggal. Apahal orang ni nak panggil aku Angah pulak.

Dulu di kampung saya di panggil dengan nama Ani. HAHAHHAHA. Gila kampung kan. Teringat pulak Mak Ani dulu duduk sebelah rumah embah. Terus terbayang nanti dah tua orang panggil saya Mak Ani jugak. HAHAHAHA. See. Umur 8 tahun dah membayangkan kehidupan tua. HAHAHA.

Nama Surya tu dah jadi nama standard bagi saya. Kalau perkenalkan diri saya akan cakap nama saya Surya. Sebab saya malas nak dengar orang cakap 'Panjang nye nama' atau 'Ulang sekali lagi'. Tapi masalahnya bila saya cakap nama saya Surya, orang tanya saya balik 'Nak panggil apa eh?' Dush. Jadi lepas itu bila jumpa orang baru saya akan cakap 'I'm Norsuryahani. Call me Surya.' HAHAHA. Geli pulak speaking begitu.

Kadang-kadang saya juga di panggil Hani. Tapi jarang-jarang lah.

Apa yang EF panggil saya tu, biarlah dia saja yang panggil. Takkan nak reveal kat sini kan. Ada yang muntah darah pulak. Takpun otot muka terus kejang gelak sembilan jam tak henti.

Kadang-kadang orang pandai-pandai pendekkan nama saya jadi Su. Oh ini pun saya tak boleh terima. Su? Bagi saya Su itu orangnya lemah lembut sopan santun gemalai. Soooo not me. Jadi ambil perhatian. Saya tidak suka dengan panggilan itu.

Dulu semasa darjah 6, saya dipanggil Mak Yaya oleh dua orang manusia. Ini adalah gara-gara Cikgu letak nama saya dekat board belakang kelas dengan nama Yaya. Lepas tu kau taulah budak-budak lelaki baru nak matang tu. Sibuk ejek nama orang. HAHAHA.

Tapi sejak saya kerja ni, saya dipanggil dengan nama Suri. Kau boleh bayangkan tak betapa gelinya aku. Masalah terbit sebab yang panggil itu bukan EF tapi orang lain. Suri? Oh man, soo not me.

Jadi, walau apapun, saya tetap suka nama saya. Itu sahaja.

Saturday, April 24, 2010

Kesihatan sudah kembali,

Jadi hari ini boleh mengarang entry. Mungkin mampu mengarang dua muka surat. Atau setengah muka surat kemudian menjadi tidak sihat lagi, siapa tahu kan.

Minggu lepas adalah minggu yang mencabar. Hampir setiap malam sakit kepala. Walaupun sakit reda kerana Mamee Monster harga 80sen cekik darah nasiib baik sedap, tapi hari-hari berikutnya sakit kepala cuma reda dengan tidur sahaja.

Oh hari ini dan esok saya akan keseorangan mengharungi hujung minggu. EF ada kerja yang perlu dibuat di Likas. Sob sob sob. Eh. Likas kat mana Surya? Adalah dalam setengah jam dari rumah. HAHAHAHA. Cakap macam jauh je Likas tu. Saya tidak mahu ikut kerana:


1. Saya tidak mahu terbakar lebih mendalam di bawah cahaya matahari
2. Saya lebih sayangkan suasana hujung minggu di rumah.
3. Saya ada dua presentation minggu depan. Last presentation sepanjang karier bergelar PRP. Hip hip huray.


Sejak berkahwin, saya perasan sesuatu mengenai saya. Kalau dulu hujung minggu, pagi-pagi buta dah merancang nak pergi mana. Kita pergi tengok wayang jom. Kita pergi carik barang hantaran lah. Kita balik kampung lah weekend ni. Segala-galanya nak buat bersama. Mana EF nak pergi sibuk je nak ikut. Pergi main futsal pun sanggup je tunggu.

Tapi lepas kahwin, weekend di rumah adalah seperti heaven. Macam nikmat betul weekend di rumah. Dan kalau EF ajak keluar teman beliau mencari barang, atau menggunting rambut, ada saja alasan yang keluar. Takpelah you. I tunggu kat rumah je. Takpe. You pergilah. See. Nampak macam isteri sejati kan. HAHAHAHAHA. Tapi tu niat je. Ada saja yang EF buat supaya saya ikut dia jugak.

Tapi tidak hari ni. Never. Never. Saya berazam duduk di rumah depan power point. Sekian.

p/s: Rumput masih panjang. Lebih tinggi dari pokok serai jiran sebelah. HAHAHA. Mahu tunggu emak datang baru potong. Boleh?


Tuesday, April 20, 2010

Hadiah Hari Jadi

24 bukanlah usia yang boleh dibanggakan. Malahan bila difikirkan balik, tidak ada apa-apa perkara membanggakan pun selain berbangga dengan pertambahan berat badan. Err. Tu memang tak perlu dibanggakan. Jadi umur bilalah yang boleh dibanggakan? Mungkin usia 17. Sebab sweet seventeen. HAHAHAHA.

Err. Hari Ahad lalu, saya menyambut 24 dengan keadaan tidak sihat. Sehingga menyebabkan operasi mencari hadiah hari jadi bertukar kepada operasi cegah maksiat. Err. Maksudnya operasi cuci mata. Menjengah OneBorneo dengan tidak ada nafsu. Melihat kasut dengan mata sebelah sahaja. Memandang handbag seperti siput. Memang bukan saya (Mungkin kalau saya tengok pinggan mangkuk atau microwave, peti sejuk saya akan bernafsu dan terus sihat. HAHAHAHA) Kerana tidak sihat. Mungkin EF gembira saya tidak sihat pada hari jadi. Hemm. Musykil. Baik. Saya akan minta penjelasan beliau. HAHAHAHA.

Jadi apalah hadiah hari jadi tahun ni?
Menstruation. Nangis lagi.

Semalam juga masih tidak sihat. Tapi terus rasa sihat selepas EF membelikan Mamee Monster. Beliau kata:

I nampak Mamee Monster ni. Pastu I teringat hari tu you kata nak makan Mamee Monster sebab dah lama tak makan. Tu yang I belikan you ni.


Oh. Rasa sebak dan terharu macam nak nangis tapi Mamee Monster lebih sedap dari menangis. HAHAHAHA.

Kepada suami. I don't need roses to fall in love with you again. I just need Mamee Monster.

Baik. Saya masih tiada mood untuk mengarut.Sekian.

Sunday, April 18, 2010

24

and married.

Thanks all for the wishes.

*Ayah sangat comel. Call emak semasa sedang menghendap di hutan sebab nak mintak no phone EF sebab call saya tak dapat*


Saturday, April 17, 2010

Wishlist

Disebabkan adat dan budaya kat sini agak berlainan, maka saya sering terasa ingin makan sesuatu yang tak boleh didapati di sini.

1. Sambal belacan seksyen 7
Nama pun seksyen 7. Mestilah kat seksyen 7 je ada. Sambal belacan kaw lepas makan pun masih terbau kat tangan. HAHAHA. Tapi memang sedap dan pedas. Dasar lidah sambal belacan.

2. Sizzling mee.

Hari tu balik tak makan sebab nak makan claypot chicken rice. Jadi bila balik Sabah terbayang-bayang pulak sizzling mee. Err. Saliva gland being stimulated.

3. Nasi lemak Jati
Terbaik dari ladang. Dengan sambal kerang atau paru. Eh baru saya perasan kerang kat sini macma mahal harga dia. Satu-satunya seafood yang mahal kat sini rasanya.

4. Gardenia.
Tak kisah lah butterscotch ke choco raisin ke wholemeal ke yang penting gardenia. Baru bercakap pada Along nanti kau datang sabah kau tolong belikan butterscotch, alih-alih hari ni EF balik rumah bawa bersama sebuku butterscotch. Haih peliklah bukan mana beliau beli plak kat sini. Rupanya husband Kak Nina datang dan membawak roti-roti bersama.

5. Ikan keli
Weh. Mana nak dapat kat sini weh. Dah dekat setahun kot tak makan. Tak boleh jadi ni. Nak ikan keli bakar dengan air asam. Tolong. Tolong.

6. Nasi kerabu dengan ayam percik putih serta solok.

Cukup lengkap explanation yang saya bagi. Mana nak dapat kat sini. Kata bos saya, ada satu kedai jual kat sini, tapi tak sedap. Satu lagi kedai tah kat mana lupa plak.

7. Asam pedas emak.
Oh emak. Tolonglah anakmu ini. Emak nanti datang emak masak asam pedas okey kat sini. HAHAHA. Selalunya bila balik kampung saya akan bagi alasan pada emak 'Angah balik nak makan emak masak. Kalau angah yang masak kat Sabah pun boleh buat'. Sekali emak jawab 'Okey emak datang Sabah nanti angah yang masak. Emak datang Sabah nak angah masak. Kalau emak yang masak kat Klang pun boleh'. Sob sob.

Okey dah lah. Makin cakap, makin tinggi rasa nak makan.

Ada sesiapa baik hati nak poskan makanna di atas ke sini? HAHAHA. Basi tengah jalan je.

Misteri jiran sebelah.

Oh. Mungkinkah selepas berkahwin ciri-ciri menjadi makcik semakin menyerlah. Oh man. Selama ni saya tiada pernah kisah pun ape kisah jiran sebelah saya. Tapi kenapa sekarang ni macam dah timbul ciri-ciri jiran busybody ni. Haih. Macam tak boleh jadi. Harus tukar pendirian ni.

Tapi sebelum nak tukar pendirian, saya nak cerita dulu tentang jiran saya. Sebelum ini suami saya yang pelik tentang beliau. Sekarang saya pun sama pelik.

Kenapa rumput rumah beliau tak pernah panjang? Rumah kitorang rumput tu dah bertukar profesyen jadi car washer basuh bawah dan tepi kereta. See. Jimat kan. HAHAHHA. Dush.

Jadi hipotesis kami:

1. Dia balik kerja dia cabut kot.
Impossible. Dia pergi kerja lebih awal dari kami. Balik pulak lagi lambat. So?

2. Masa kita pergi kerja isteri dia cabut kot.
Impossible. Dulu mungkinla. Sekarang isteri dia dah balik kampung. Pregnant kot.

3. Dia upah orang potong rumput kot.
Impossible. Tak pernah nampak pun dia panggil orang tu.

Jadi? Misteri rumput jiran sebelah tak dapat terungkai.



Sampailah minggu lepas, saya nak basuh baju. Mesin ada kat luar belakang rumah. Bila saya keluar je saya nampak jiran sebelah rumah tengah mencangkung kat rumah dia. OMG. Cepat-cepat lari sebab tak menutup aurat masa tu.Lepas bersembunyi, saya pun menengok melalui tingkap.

Rupanya, dia tengah cabut rumput. No wonder lah dia selalu kalah kepada kami dalam pertandingan rumput panjang.






Thursday, April 15, 2010

Amuk Perempuan Lapar.

Petang ni saya mengamuk. Jadi kena guna kata ganti diri sedang mengamuk.

Tengah hari tadi aku tak lunch sebab kena kerja. Jadi memang lapar selapar-laparnya. Bila rasa lapar aku sedut air masak banyak-banyak. Budget boleh kenyang sedangkan cuma pseudokenyang saja.

Hampir pukul 5, rasa lapar memang tidak boleh tertahan-tahan. Macam menggelupur ke apa tah cacing dalam perut ni mintak makanan. Jalan kaki cepat-cepat mentuju ke kereta. Takde istilah panaskan enjin dah, terus jalan. Nak cepat sampai rumah nak makan apa yang patut.

Alih-alih jalan jam kat tempat yang biasa tak jam. Rupa-rupanya ada kereta kehabisan minyak. Mulalah perempuan lapar ni nak naik angin kan. Kalau kereta Toyota Corolla tahun 1975 tu aku boleh terima minyak habis. Ni Toyota Harrier baru keluar tahun lepas. Aku ulang. Toyota Harrier. Yang terang-terang lah meter minyak tu berfungsi. Haih. Memang menaikkan asid perut saja.Ok fine. Kau mesti nak cakap entah-entah kereta tu takde meter minyak kot. Ape-ape lah. Yang penting aku lapar.

Selepas melepasi kereta yang mungkin budget minyak cukup sampai stesen minyak (hati dah cool sikit masa ni), aku teruskan perjalanan. Tapi setiap sepuluh minit mesti aku berjumpa dengan kereta yang bawak slow kat lane kanan. Haih. Fine. Aku tahu kat sini memang boleh buat macam tu. Orang takkan bagi high lamp ke hon ke ape ke. Kau boleh bawak secara tenang kat lane kanan walaupun orang belakang dah cucuk-cucuk. Aku boleh terima adat tu. Tapi bukan pada hari aku tengah lapar. Maksudnya hari ini. Mencabar betul.

Lepas itu yang lebih menghanginkan aku, tiba-tiba aku teringat hujung minggu ni office EF buat family day. Bermaksud musnah harapan gua nak pergi berjalan weekend ni. Dari pagi gua dah plan nak ajak EF habiskan duit kat tempat tak sepatutnya. Habis musnah segalanya.

Terus sakit kepala sakit hati sakit perut sakit kaki.

EF: I tak nak masak hari ni. Harap maklum.


Wednesday, April 14, 2010

Blergh. I hate this much.

People keep asking when and when.
People keep asking have you and have you.
People keep saying dont and dont.

Do they know something 'Kita merancang Tuhan tentukan'
Do they know what we're doing.
Do they care what we feel.

No, they dont.

I googled somethings to find out the things.
I googled somethings to try the things.
I googled somethings to do somethings.


And what I googled turns me sadder(is there any such word) than before.

Oh.


Monday, April 12, 2010

The Day I Became Your Wife

is 4 months ago.


Berharap yang terbaik untuk kita.
InsyaAllah.


Saturday, April 10, 2010

Signs and symptoms

Mild throbbing pain around lower abdomen.
Painful breast.
Hormone changing.
Emotional since early this week.

Signs and symptoms of menstruation.
Sigh.
Mahu nangis.


Friday, April 9, 2010

Kecik Hati

Semalam dan semalam lagi, kawasan rumah saya tiada air. Aih memang tak suka keadaan ni. Barulah faham kenapa dulu masa kecik-kecik emak selalu cakap 'Biar takde api, jangan takde air'. Memang mengerti kini maksudnya. Padahal dulu selalu fikir takde air pun takpe la. Tapi kalau takde api nanti macam mana nak tengok Tomato Man. See. Pemikiran kanak-kanak jumud.

Dulu di MRSM pun selalu jugak takde air. Nasiblah ada paip kat luar yang boleh buat tadah air. Ada jugak sumber untuk basuh muka sekurang-kurangnya.

Di Matrix Perak pun lebih kurang jugak. Pernah sekali akibat terlalu lama tak berair, maka Jabatan Air Perak datang bersama lori air. Syok weh jumpe air setelah lama tak berjumpa.

Kat rumah emak sekarang ni pun selalu takde air. Tapi dulu lah. Sekarang dah okey dah. Takdelah tiba-tiba 'Ting. Bukak paip, air tak keluar'.

Okey. Okey. Balik kepada cerita asal. Banyak sangat korek sejarah mungkin berulang ni.

Walaupun rumah takde air selama dua hari, takdelah bermaksud tuan tanah ni tak mandi kan. Adalah masa-masa nya dia bukak jugak bekalan air ke rumah. Masa tu lah nak menadah segala. Baldi pulak cukup-cukup makan. Jadik terpaksa lah suami beralah dan mandi di office.

Semalam seperti biasa dia bukak la bekalan air tu lepas maghrib. Jadi tuan tanah ni pergilah menadah air. Gagah ni nak angkat baldi penuh air dari belakang rumah sampai tandas. Padahal EF dah pesan jangan angkat benda berat. Tapi disebabkan dah biasa, angkat jugak.

Masuk baldi terakhir, jadi saya pun angkatlah denagn penuh semangat dan senyum gembira. Sekurang-kurangnya baldi dah berisi. Bawak dengan hati-hati seta hati riang. Tinggal dua tapak nak sampai tandas, sekali pemegang baldi tu patah. Habis melimpah ruah air ke dalam tandas. Nasib baik ke dalam tandas. Masa tu punyalah patah hati dengan baldi tersebut. Memang kecik hati bukan kepalang macam dah kehilangan sesuatu berharga. Eh. Meamng air berharga pun. Tapi memang kecik hati makan dalam lah dengan baldi tersebut.


Yang lebih kecik hati, lepas tu, bekalan air kembali pulih. Sob sob sob.

Tapi sekarang ni, setiap kali masuk tandas nampak baldi biru patah tangkai, terus sentap. Macam dendam habis ni.HAHAHAHA.







Tuesday, April 6, 2010

Semakin hari semakin...

..malas nak bukak blog sendiri. Macam cukup bersyukur kalau tiba-tiba minda teringat mempunyai seekor blog ni. Kalau dah bukak pun malas, apatah lagi nak update kan. Tapi takpe. Sekali sekala akan dicuba juga melupakan rasa malas terhadap internet ni.

Ohh. Lupa mahu bagitahu. Saya pulang ke kampung halaman minggu lepas. Weehuu. Eh. Kenapa bunyi kegembiraan macam ni. Bermula pagi 31 hb hingga malam 5 hb, saya mentinggalkan bumi KK kering dan tandus serta gersang ini mencari tanah disirami hujan. Haih. Macam rasa gembira teramat sangat lah dengan hujan di bumi semenanjung.

Eh. Surya, kenapalah balik kampung lama sangat ni? Cuti kahwin kah?


Haah. Cuti kahwin lagi satu. Mesti engkau orang cemburu habis sebab saya selalu pulang ke kampung halaman kan. HAHAHAHA. Itulah kehebatan seorang perantau. Rindu kampung halaman. Err. Bukan. Bukan. Rindu masakan halaman. HAHA.

Sebab-sebab kepulangan suami isteri ini ke kampung halaman:
1. Mengambil harta, menambah hutang.
2. Kan dah cakap tadi, rindu masakan halaman.
3. Mengambil album kahwin dari OP. Shit. Malu aku kasi orang tengok gambar terlebih manis itu.
4. Makan makanan sedap. See. Makan lagi.
5. F1.
6. Gardenia
7. Gosip. HAHAHAHA.

See. Nampak sangat kat KK ni asik tak cukup makan sebab makanan tak berapa sedap (selain ayam goreng kunyit kasih sayang cinta abadi). Cengkodok pisang pun makan penuh selera. Haih. Nak kata takde pisang kat KK ni impossible. Yang takde cengkodok pisang je. KAHKAHKAH. Nampak sangat tak pernah buat untuk santapan.

BTW, I gained 5 kg for 6 days trip to kampung halaman. Man, I dont know what to do. Nak joging takut berisi. Nanti if something happen akan menyesal tak sudah. Tak jogging, macam mana nak lose weight. Sedut lemak? Kau nak sponsor?

Tentang F1. Kasihan suami saya. Akhirnya beliau masih tak dapat menonton F1 secara live. Padahal beliau sudah mendapat tiket grand stand percuma kerana menduduki tempat keempat dalam pertandingan anjuran bank terkemuka. Sekali bank tu pegi pos tiket ke KK. Padahal sudah bagi alamat JB untuk pengeposan. Aiseh. Memang kasihan sama suami. Dapat berita tersebut terus terdemam satu hari. Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Eh.

Baik. Sehingga berjumpa di lain siaran. Tak tahu bila. Mungkin esok kalau rajin membuka. Mungkin kalau. Sekian.