Hello!!!

Sunday, March 28, 2010

Bilakah ini akan berakhir?

Bukanlah saya merungut atau membenci. Tetapi setiap hari saya asyik bertanya-tanya pada sang bunga mengapa layu juga. Eh. Bukan. Bertanya-tanya bilakah semua ini akan berakhir.

Bukanlah saya tidak suka atau apa. Tetapi saya macam tertanya-tanya bilakah saya boleh menonton rancangan TV kegemaran di malam hari.

Bukanlah saya tidak minat atau apa. Tetapi saya tertanya-tanya bilakah suami akan mentidur seperti biasa tanpa perlu set alarm pukul 3, 4 pagi.

Bukanlah saya menghalang atau apa. Tetapi saya tertanya-tanya apakah kesudahan kisah ini nanti.

SR: Sayang, bila EPL ni nak habis?
EF: Bulan May ni. Kenapa sayang?
SR: Jadi bulan 5 ni bolehlah I pulak tengok TV yang I suka kan.
EF: Habis EPL ada World Cup plak bulan 6.
SR: T___________T


Lintas langsung dari ALBERT PARK, AUSTRALIA menerusi Star Sports Ch813.

Belum pun EPL habis, FI pulak sudah bermula. Kalaupun EPL atau F1 takde, ada saja Luge la, snuker la, pool la, NBA la bla bla bla.




4 Words from you:

Amalina Ali said...

sabau aje la. laki mmg cm tu. spare je la tv lain utk ko mentengok ape rancangan yg ko suke. =)

Tapak Kaki said...

Hidup EF! Hidup EF! haha..

Unknown said...

terpakse la korang beli tv lagi satu, haha!

SuryaRahman said...

Baik. Atas cadangan bersama, azam tahun ni nak beli TV lagi satu. Semoga suami membaca komen ini. HAHAHA.

LK: Tak baik tau sokong EF je. HAHA.