Hello!!!

Sunday, December 6, 2009

Mampukah?

Saya dilahirkan menjadi seorang yang selalu melawan, berkepala keras tapi mudah sentap dan menangis. Dari kecik sampai lah sekarang. Tanyalah emak dengan ayah. mesti mereka menjawab betul kepada penyataan di atas sambil cuba merecall bukti-bukti saya begitu. HAHA.

Kalau masa kecik dulu, kena marah dengan emak sebab main pasir pun dah sentap. Padahal emak tak nak anak die kena kudis nanti sebab main pasir. Tapi sebab dah memang kaki sentap, terus sentap dengan emak, lepas tu tetap main pasir lepas tu buat-buat taknak makan. HAHA. Lepas tu sendiri lapar tapi masih taknak makan sebab tengah sentap. HAHA. Rasa nak makan pasir je masa tu. HAHA.

Bila dengan EF, saya juga begitu. Tak dengar cakap tu dah memang biasa. EF kata jangan pakai tudung macam ni (beliau merujuk kepada shawl) la, muka you nampak bulat. Denagn selamba saya jawab, pakai tudung apa pun, kalau muka dah memang bulat, bulat jugak. HAHA. Memang melawan.

Lepas tu beliau suruh pakai kasut pergi kerja untuk protection sebab hari tu mengadu dengan beliau kaki terlanggar troli kat wad lepas tu luka. Tapi selamba je saya menjawab kalau nak kena tu kena jugak. Pakai kasut pun boleh luka jugak.

Kemudian beliau cakap jangan garu allergy yang wujud pada saya ni nanti luka balik bila nak baik. Tapi saya jawab sikit je you. Sikit je. Jap lagi I berhenti garu. HAHA.

Bila beliau cakap, Suryahani jangan tidur. Teman I drive. Saya akan jawab. Ye. Tak tidur. Selama 5 minit sahaja. Selebihnya, bye-bye sahaja.

Beliau cakap, Suryahani jangan nangis dah. Kuatlah sikit. Saya akan jawab suka hatilah nak nangis ke tak.


Motif entry ni, mampukah saya mendengar cakap beliau dan tidak melawan lepas ni?6 hari lagi. Sempatkah? Err. Senak perut.


3 Words from you:

Tapak Kaki said...

LEPAS DENGAR KHUTBAH MASA AKAD NIKAH NANTI, HILANG LA RASA NAK MELAWAN TU... =D

SuryaRahman said...

Whoaa. Pernah dengar eh khutbah akad? HAHA.

Tapak Kaki said...

jgn ingat org laki dengar khutbah solat jumaat je.. =P