Hello!!!

Thursday, October 22, 2009

Inikah Rasanya?

Maafkan tuan kamu wahai blog. Bukanlah niat meninggalkan kamu berharian tanpa sebarang makanan. Tapi Celcom Broadband ini entah kenapalah berkelajuan siput kebelakangan ini.

Hari ni ada presentation CPE which I don't want to discuss here kalau discuss nanti jadi entry terpesong cikgu marah nanti markah karangan kena tolak. Ok. Fine Surya. Tak payah explain.

Less than two months. Cepatnya. Rasa macam baru minggu lepas bertunang. Pastu rasa semalam baru terjadi kejadian emak menggigil anak dipaksa kahwin HAHA.

Entah. Tak tahu motif apa mentulis entry ni. Yang saya tahu, hati saya tengah runsing. Bukan saja memikirkan hal berkaitan kenduri. Yang lebih penting perkara selepas tu.

Mampukah saya menjadi seorang isteri yang baik kepada beliau padahal sekarang ni sikit punya menjawab kalau beliau suruh buat kerja.

Mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada beliau padahal sekarang ni balik kerja je tersadai macam kain buruk macam lah kau kerja kuli angkat batu ke apa.

Mampukah kami hidup bersama padahal tak hidup sama pun lidah tergigit. Kalau hidup bersama nanti, ada pulak yang berwrestling smackdown aku jotos kepala kau nanti.

Mampukah kami survive dalam keadaan ekonomi yang tak berapa stabil baru nak mula hidup peti ais pun takde eh esok bajet 2010 entah-entah dapat bonus.

Dan soalan berupa mampukah ini masih banyak tak tahu dah nak tulis ke tak takut nanti penulis ada masalah pshyco pulak pasal asik pikir pastu tanak kahwin dah pasal takut tak terbuat tanggungjawab.

Dahlah. Nak melayan masalah psycho ni sekejap.

Sumpah. Saya takut.


2 Words from you:

Unknown said...

aku dengar org cakap, kalo dah kawin, tetibe jek responsibilities tu boleh carry. ape yg tak reti, tetibe boleh reti. ape yg slalu tak buat, tetibe jek boleh buat dgn mudahnye. make, jgn lah ko risauuuu :)

SuryaRahman said...

itu nama dia magic sebuah perkahwinan ke sumpah sebuah perkahwinan?

haha.