Hello!!!

Saturday, September 5, 2009

Kisah Berpuasa

Umur 5 tahun

Baru belajar berpuasa. Serius lah. Memang lembik tahap gila. Dah pukul 6.30 petang, merayu-rayu dengan emak nak minum air haus gile dah macam kat padang pasir naik unta. Pastu emak yang berjiwa emak membuat kenyataan

Sekejap je lagi buka ni ( Masa tu buka kat Johor pukul 6.50 lebih sikit). Tahanlah sikit
Emak memanglah senang bercakap. Saya yang menanggung derita kehausan. Ceh. Engkau ni. Melebih-lebih pulak. Dah tentu emak puasa jugak. Tapi saat nak menunggu buka tu, dah macam kain buruk melepek je atas lantai. HAHA. Serius cuba menarik perhatian emak melihat anaknya sudah tidak bermaya macam pelarian Bosnia. Tapi serius jugak emak tak layan. HAHA.


Umur 7 tahun

Kali ini berpuasa memang semangat lah. Pasal emak kata dah besar, kena puasa penuh. Kalau tak puasa penuh tak dapat duit raya. Heh. Memang meremang lah bulu roma mendengar 'tak dapat duit raya'. Ayat-ayat klise dari seorang emak untuk mensuruh anak berpuasa. Come on lah. Engkau pun macam tu jugak kan. HAHA.

Ini boleh menimbulkan drama sebabak di pagi raya dapat duit raya tak cukup RM30 pasal sehari puasa dapat RM1. Huh. Masa tu RM 30 dah cukup besar. Pergi sekolah pun bawak lima posen je. RM30 tu dah macam dapat emas kot zaman tu. HAHA. Kecik-kecik lagi dah terserlah mata duitan. HAHA. Tapi memang tak penuh puasa pun. Masa tengah mandi pergi minum air paip sikit. Huih. Nikmat gila time tu. HAHA. Yang lebih penting duit raya tetap penuh tanpa ada sikit potongan pun pasal mak tak tahu kejadian minum air paip itu. HAHA. Gila keji ini budak!


Umur 12 tahun

Umur ini adalah penting. Umur yang menjadikan seorang anak perempuan kepada seorang anak gadis. Yes. Yes. I dah jadi gadis. HAHA. The best thing is that it happens 10 minutes before buka puasa. Heh. Mencabar betul. Siapa suruh kau pergi mandi 10 minit sebelum buka. Kan dah terbatal. Ceh. Dahlah tak tahu perkara tersebut akan berlaku. Eh bukan semua orang tak tahu ke.

Eh. Memang kena gelak lah dengan emak dan along. Takpe. Takpe. Yang penting saya dah bergelar anak gadis. HAHA. Pertama kali dibenarkan makan di siang hari pada bulan puasa. Nikmat jugak tu!

Umur 17 tahun

Pertama kali berpuasa bukan bersama keluarga. Memag sayu lah hati. Ditambah pula dengan kehadiran SPM yang menjelma bersama Ramadhan. Lebih mensayukan hati. Takpe. Takpe. Doa orang yang berpuasa kan dimakbulkan ALLAH. Berbuka dengan makanan Dewan Selera memang menselerakan. Engkau faham-faham sendiri lah selera terbuka yang macam mana. HAHA.

Umur 22 tahun

Puasa kali ini adalah mencabar. Di samping perlu mensiapkan tesis yang bermaksud sambil berpuasa perlu berhadapan dengan bau alkohol yang mensenakkan hidung, fridge item yang mencecah suhu -80 darjah celsius memang menggiurkan tengok ais di siang hari berpuasa, memanjat NMR machine untuk masukkan sample. Eh. Memang Bestlah.

Di tambah dengan masalah bersifat peribadi yang menyaksikan kehilangan selera makan secara mendadak. Serius ah. Beli nasi 1 bungkus boleh buat buka untuk 2 hari. Tu pun siap buang amalan syaitan lagi. Eh. Tapi puasa kali ini berat turun sehingga 7 kg. HAHA. Sangat tidak percaya. Memang mustahil lah. Tapi lepas raya naik balik 4 kg. HAHA. Makan apa tah budak ni.

Umur 23 tahun

Puasa terakhir bergelar anak dara manis. Tidak sanggup mensambut puasa di bumi orang. Ceh. Buat lawak. Bumi orang pulak. Nasib baik puasa jatuh pada hari Sabtu. Habis boleh lah balik rumah walaupun tiket berharga RM703 apalah sangat nak dibandingkan dengan roti jala emak berharga tidak ternilai lebih-lebih lagi dimakan secara berjemaah disertai Mamat yang jugak pulang dari bumi orang.Emak memang tidak tahu saya akan balik. Kalau tahu memang pasti emak berkata tak payahlah balik. Huhu. Tapi sebab balik emak tak restu kan dah terlibat dengan accident bersama seekor Toyota.

Kemudian puasa kali ini adalah puasa yang sangat jahat saya pernah buat. Boleh pulak saya makan McD depan Encik Fitri masa balik JB hari tu. Buat member menyirap air liur je. HAHA. Gila tak bersopan. Haih. Sampai beliau keluarkan statement 'tak kira malam ni nak makan McD jugak'. Ceh. Sampai dah balik KK, baru pergi makan. Ehh. I takdelah sampai tak malu pergi beli McD untuk santapan sendiri. Encik Fitri yang beli untuk Farina anak jagaan emak beliau. Dah tu, saya tumpang sekaki lah. HAHA. OK. Ini memang amalan tidak boleh diikut. Saya kata jangan ikut.

Ok. Berita paling gembira, berat badan telah turun dengan bacaan sekarang 5x kg. Pheewit. Pertama kali mempunyai pangkal 5 setelah hampir 4 tahun tidak berjumpa.


5 Words from you:

Haliza Haron said...

rasenye mase zaman kecik² dulu ramai yg guna taktik minum air paip. hehe..

Unknown said...

suda kurus sehhh duduk kat sabahh :P

ckin said...

piiiwitt
5x kg laaa
jeles OK

SuryaRahman said...

Haliza: Hehe. You pun buat macam tu jugak eh? Kantoi!

Halin & Ckin: Peace! Kata bulan puasa, makan haruslah sikit. Cuba tengok lepas raya ada tak entry aku bersifat berat-naik-salahkan-ketupat-padahal-sendiri-makan-tak-ingat. HAHA.

BTW, cume berat sahaja yang turun. Fizikal tidak lagi :(

SuryaRahman said...

Eh. Nama kau tertinggal z pulah lah Alin. Jadi Halin pulak. Hehe. Halin pun Ok ape.