Hello!!!

Friday, August 28, 2009

Lembu Kau Memang Malang 2

Eh. Saya belum habis bercerita lagi. Baiklah. Mari saya sambung. Maka Sang Rajawali pun menteruskan perjalanannya menuju ke Gunung Beruban. Ok. Serius. Jangan goreng lagi. Ini bulan Ramadhan.

Setelah kereta saya terberhenti dengan sengaja 2 meter dari divider tembok batu belah batu bertangkup, saya pun keluar dari kereta. Hati masih terkejut nih. Tapi takkan nak duduk dalam kereta menunggu putera raja menselamatkan anak dara manis. Bila saya keluar tu, pemandu serta penumpang seekor Toyota pun keluar juga. Pemandu seekor Toyota berjalan agak terhuyung hayang serta memegang dada seperti sedang mengalami angina pectoris kalau tak tahu pergi google sekarang. Cepat pergi google.

Rupa-rupanya, dada beliau terhentak ke stereng kerana airbag lambat keluar. Huh. Kalau seandainya, kereta saya berada di tempat seekor Toyota, dah sah-sah lah dada saya lebih terhentak sebab kereta saya ada air sahaja. Bag tiada. HAHA.

Selang 2 minit, polis peronda lebuhraya apasal skema sangat ni pun tiba mentanya punca kemalangan. Saya pun dengan cepat mentunjuk ke arah lembu yang sedang berjalan egol-egol menuju ke arah kami. Berani eh kau lembu patah balik. Aku dapat kau siaplah sebulan aku masak kau hari-hari.

Jam berdetik. Masa berlalu. Waktu berlepas hampir tiba. Saya cuba mentahan beberapa teksi yang lalu. Tapi mereka dengan selamba berlalu blah begitu sahaja sedikit pun tidak memandang anak dara cantik manis itu. Ceh. Tercabar betul diri saya ketika itu. HAHA. Tapi alhamdullillah akhirnya ada 2 biji teksi sanggup berhenti untuk anak dara manis pada malam itu. Maka saya pun menteruskan perjalanan menuju ke LCCT dengan menaiki teksi meninggalkan kakak serta adik manis bersama kereta rongak.

Dalam pada itu, ayah saya mentuju ke tapak kemalangan dan cuba menselesaikan hal tersebut. Takkan lah nak biarkan kekasih hati bermalam di situ kan. Kata putus dicapai. Kereta akan dibaiki menggunakan insurans seekor Toyota.

Report polis hanya dibuat keesokan harinya sebab ayah saya mempunyai kerja yang perlu dilakukan malam itu. Tetapi, yang membuatkan saya terkejut, rupa-rupanya ayah si pemandu seekor Toyota itu membuat laporan polis bahawa saya yang melanggar kereta dipandu anak beliau. Haih. Memang berangin terus lah saya bila emak mengkhabarkan sedemikian rupa. Ceh. Kalau tau macam tu, malam tadi lagi aku dah suruh kau tinggalkan duit untuk membaiki kereta ku itu. Dan tidak perlu pula aku concern pada anak kau tanya okay ke tidak luka ke apa ke. Ceh. Penipu besar punya ca ya nun alif. Ini memang menimbulkan kemarahan. Jangan dikejutkan singa yang sedang tidur. Ha. Kan singa dah bangun. Kau silap orang lah nak messed up with.

Tapi akhirnya, masalah ini selesai juga. Dan beliau sudah disaman kerana membawak dengan cuai sehingga mensebabkan kemalangan. Kereta saya sudah dihantar ke Perodua berdekatan dan dijangka siap selepas raya.
____________________________________________________________


Tapi tiba-tiba semalam saya dapat mesej dari Etiqa ceh canggih ah dah tak main hantar surat pakai SMS je. Beliau berkata

B** 6346. Tuntutan anda diterima dan penyelaras telah dilantik. Kelulusan akan diperoleh dalam masa tujuh hari. Etiqa.
Saya pelik. Beliau guna insurans Etiqa jugak kah? Atau terdapat kesilapan di pihak Perodua mengclaim menggunakan insurans saya?



Sigh.


0 Words from you: