Hello!!!

Monday, August 10, 2009

Alone

Encik Fitri pergi Labuan. So does 2 orang kakak serumah saya (yang merupakan colleagues Encik Fitri). Maka saya sendirian.

Nak keluar makan pun saya merasa tiada mood melanda. Sedangkan perut mendayu-dayu menyanyi lagu Alangkah sedihnya hatiku parap parap. Kalau dihidang dengan burger triple deluxe mayonis meleleh tambah black pepper sauce with seasoning memang boleh habis lah dalam kiraan seteguk. Tapi, sebab saya sendirian, burger eksotik pun tidak mampu menawan selera.

Saya membaca entry Hazwan mengenai beliau bernafas di Melaka yang mempunyai kes H1N1 secara banyak. (Sebenarnya saya tak faham lah. Kalau tempat lain Hazwan tak bernafas ke? HAHA. Kena lempang dengan Hazwan). Memang sedih lah kehidupan beliau di sana. Serba serbi ketidak cukupan. Rasa macam nak bagi je satu TV kat beliau. Masalahnya, macam nak biar je dia hidup berdikari jauh dari bawah ketiak mak. HAHA. Ampun Hazwan.

Maka, dengan niat untuk berkongsi cerita kehidupan suka duka seorang dara dengan Hazwan, saya siarkan siaran tertunda kehidupan di Sabah. Bukan berlagak. Tuhan tak kasik kita berlagak tau. Dosa. Jangan berlagak ok walaupun dah ada Celcom Broadband RM 68 sebulan paling murah sebab takde gaji lagi. HAHA.

Dimulakan kisah dengan tempat tinggal. Saya bersyukur sebab saya mendapat rumah sewa tanpa perlu cari. Walaupun rumah flat sahaja, bukan bertaraf kondominium, apartment atau penthouse, tapi saya tetap bersyukur. Sebab saya masuk rumah memang tinggal tidur sahaja. Katil sudah ada. Queen pulak tu. I like. Tidur seorang diri. Memang macam queen ah. HAHA. Kipas ada. TV, DVD player beserta DVD cetakan rompakan, peti sejuk, dapur gas beserta gas, pinggan mangkuk sudu garfu, couch, dining table. Memang semua ada lah. Cukup. Tapi mesin basuh hanya replika sahaja. HAHA. Rosak sudah. Hujung minggu kasi baju kat Laundry Fitri. MUHAHAHA.

Mengenai hospital. Saya tinggal di Putatan. Lebih kurang 12km jarak ke Queen. Masuk kerja pukul 8. Pukul 7 saya dah keluar rumah (Syafiq kata masa ni dia baru nak gi mandi. Chaitt). Tiap-tiap hari saya akan berdepan dengan jam-jam manja di pekan Putatan dan Petagas. Ambik kau. Mesti tak tahu kat mana tempat kejadian. Kadang-kadang tak berapa jam, pukul 7.20 dah sampai Queen. Kadang-kadang 7.40 baru sampai. Ikut nasib lah. Petang pun menghadapi jam-jam manja jugak. Biasalah, Tengah buat jalan. Terpaksa lah bersesak sikit. Tapi biasanya perjalanan balik lebih singkat. 15 minit dah boleh sampai. Rekod paling bersih dicapai adalah 10 minit - lunch break hari Jumaat. Sikit pun tak jam.

Ada yang cakap, kenapa tak sewa nearby hospital je? Malahan ada pharmacist yang jalan kaki sahaja pergi kerja. Jawapan saya mudah. Putatan dekat dengan airport. Nak balik senang. HAHA. Lagi satu, saya kan pinjam kereta Encik Fitri. Kalau dia nak guna kereta, senang saya nak bagi. Dan bila dinner time, saya boleh kutip Encik Fitri dan dinner together, bayar dia sahaja. HAHA.

Berbalik kepada rumah sewa. Walaupun sekarang saya takde masalah mencari rumah sewa, saya masih perlu mencari rumah sewa juga memandangkan tarikh berkahwin hampir tiba (yahuu!!). Dan memang sah-sah lah rumah sewa kami nanti macam rumah sewa Hazwan sekarang ni. Sob. Sob. Sob. ( Mula mengenang nasib tiada berTV dan lain-lain). Jadi kawan-kawan, sila simpan duit gaji anda kerana perempuan ini akan mengkeluarkan list hadiah kahwin yang dia mahu. HAHAHAHA. Serius tak malu lah dia ni.







4 Words from you:

Anonymous said...

list hadiah kawen?wahaha..menarikk!lps ni snang sket kwn2 nk pilih adiah..slalu pening pk mau bg adiah ape kt pengantin..hehe..tp jgn ah mintak sofa ke kusi ogawa ke tv plasma ke,mmg tak tetunai la..=p

^staff hkl^

SuryaRahman said...

heh. malulah pulak nak keluarkan list begituh. memang mak aku masak gulai lah diriku ini kalau dapat tahu aku berbuat demikian. sumpah tak manis. haha.

tapi mak aku tak baca blog ni.

p/s: usahlah kau berselindung di sebalik nama hkl itu. sekali kelibat kau lalu, aku dah tau sape kau. HAHA.

hazwanali said...

wah..cerita aku di post dlm 2 blog..mane satu blog aku ni?

masih bernafas tu bukan maksud aku masih bernafas sebab H1N1 tu..maksudnya, aku masih hidup walaupun tanpa arah tuju di melaka..haha

wei, jangan hanya menaip, sila tunaikan yang tv tu..nampaknya sofa yg aku nk bagi ko masa kawen nnti tak dptlah bagi..sebab rumah aku lebih memerlukan..

SuryaRahman said...

HAHAHAHAZWAN. rumah aku lebih memerlukan tv dan sofa. rumah aku nati ade dua orang. kau sorang je. tak payahlah TV sofa semua tu. membazir je. bagi aku lebih baik. HAHAHAZWAN.

tamat.