Hello!!!

Wednesday, July 29, 2009

Unforgotten

Orang kata, zaman belajar adalah zaman paling riang dalam hidup. Mana tak riang, hari-hari riang bersama kawan-kawan riang pergi belajar perkara riang di tempat yang riang. Memang riang kuasa empat belas lah.

Orang kata, masa belajar adalah masa paling enjoy. Mana tak enjoy. Hari-hari pergi enjoy. Nak pergi exam pun kira pergi enjoy jugak. Kena belah katak pun enjoy. Balik exam nanti, enjoy lagi. Setiap hari pun enjoy.

Orang kata, masa belajar, kita rasa nak kerja. Tapi nanti dah kerja, rasa nak balik zaman belajar. Bukan nak belajar balik. Mana tak nya. masa belajar, asyik tak cukup duit. Baru nak shopping selangkah dua, terpaksa mengundur balik. Masa tu memang tanam nekad ah. Nak kerja super saiya punya rajin pastu siap nak buat side income pastu dapat duit bolehlah melepaskan nafsu serakah pada shopping mall.

Unforgettable. Moment zaman belajar yang tak boleh dilupakan. Kalau lupa, kena baca entry ini balik banyak-banyak kali.

  1. Pergi tengok wayang malam hari adalah menghiburkan. Lebih menghiburkan kalau disertai sedikit shopping bekalan tidur malam kejadian. Tetapi menjadi tidak menghiburkan kalau emak dan ayah tahu perangai syaitan anak mereka ini. Siapa berani bagitahu emak ayah saya, siap engkau eh. Ini amaran ni. Nah. Kasi takut sikit. Bagi amaran kaler merah. Ini amaran tahu!
  2. Mentangkap katak dekat tasik 7 adalah sangat menghiburkan. Serius. Sangat terhibur mentangkap katak. Sebab, manusia yang sedang menulis entry ini adalah sangat jakun kerana seumur hidup beliau, ini adalah kali pertama beliau menyertai operasi menangkap katak. Memang terhibur ah disertai jeritan halus macam tidak cukup sifat itu. KAHKAHKAH. Engkau jangan tanya siapa yang menjerit. Jangan jugak tanya saya tangkap katak tu ke tak. Lepas itu, katak disimpan dalam bekas tau foo fa tu. Tapi tutup dia dah buat lubang pengudaraan ah. Karang katak mati, sia-sia je. Eksperimen tak jadik. Prof Bakar marah nanti.
  3. Menstay-up sampai 4 pagi dekat Subang Parade kerana event Brain Awareness bagi kesedaran pada public pasal brain yang mereka miliki. Ah. Ini memang comel. Sebelum tu,membuat video sekeliling KL berlari ala-ala Olimpik siap bawak obor buatan tangan untuk majlis perasmian. Handmade you know! Siap ada sorang mat salleh tu nak ambik gambar dengan kitorang masa dekat Dataran Merdeka. Siap buat aksi konon-konon nak lari. HAHA. Lepas itu, tiup belon sampai semput ah untuk bagi public hari kejadian. Memang comel! Maksud saya belon tu yang comel. Lepas itu bangun lambat pada hari event. Hah. WTH. Memang macam serabut ah pergi event pagi tuh. HAHA.
  4. Masa first year, Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah bangun menuju padang kawad bersama semangat Kesatria Negara. Dush. Dush. Dush. Mari lawan saya. Tara takut meh. HAHA. Kawad selama dua jam disertai mengutuk komander selama setengah jam selepas itu. Huh. Memang cemerlang ah. Serta menghiburkan. Mana tak terhibur. Komander punya baju ada yang ketat seh. Seksi habis ah kalau tengok dari belakang. KAHKAH. Lepas itu, ada pulak komander konon garang habis ah. Sekali dia tension pasal orang tak takut dengan dia. HAHA. Ada jugak komander usha Kesatria Negara ni. Dapat beb. Selalu nampak diorang naik bas sama-sama. HAHA.
  5. Masa first year jugak. Mengkutip kupon itu adalah seperti memakan nasi. Tak makan, lapar. Nak pergi beli makan, azab. HAHA. Tapi bila terkenang balik, memang fun ah masa amik kupon. Macam dapat amali lontar jamrah percuma. Serius. Kalau saya tukang bagi kupon tu, saya berdiri atas kerusi pastu buat hujan kupon. Nanti orang ambik kat bawah. Tak payahlah kena serbu. HAHA.
  6. Pindah rumah adalah fun jugak. Dari seksyen 2 ke seksyen 7. Fun sebab takde mak tiri dah. Duduk rumah bersahaja tanpa perlu angkat botol kicap dan periuk nasik secara paksa. HAHA. Mengangkat barang kepunyaan lima orang menaiki dua kereta comel keluaran tempatan. Memang hebat ah. Rasanya, lebih kurang 15 kali berulang alik membawak barang. Lepas tu angkat barang naik tingkat 4. Ni tak comel. Hilang segala keayuan yang tersimpan selama ini. HAHA. Tapi sangat kagum dengan diri masing-masing. Hebat ah! Gerobok saya je dah lebih 5 kaki. Angkat guna kereta saya sahaja. Tilam 5 gulung angkat pakai kereta Alin. Meja study lagi. Memang hebat ah. Big applause! Lepas je pindah, collapse! Siap lebam-lebam kat kaki langgar apa pun tak tahu. HAHA.
  7. Cuti-cuti Malaysia adalah paling best. Memang best ah. Johor, Melaka, Port Dickson, Langkawi, Perlis, Sabah, Singapore, Penang, Indonesia. Biasanya ahli-ahli kelab akan menganjurkan percutian lepas exam. Konon nak reward diri sendiri lah. Sambil nak lepas tension la tu. Padahal sebenarnya kaki jalan. HAHA. Ada juga percutian yang bukan diuruskan oleh ahli kelab. Seperti Singapore tah siapa yang buat. Dan Penang sekretariat MPP buat. Nama pun student. Banyak manalah sumber pendapatan nak dibawak pergi melancong. Jadi harusla kami mempilih style ala backpackers. Hotel bintangless, makan tempat standard student. Weh. Seronok ape. Cuba kau bayangkan. Memang seronok ahh.
Banyak lagi yang tidak boleh dilupakan. Tapi saya sudah penat. mahu melihat peti surat kalau-kalau ada surat cinta sampai. Kalau rajin nanti saya sambung. Ok. Entry habis buat sementara waktu.












7 Words from you:

ckin said...

sedey2....T_T
ko telah membuatkan aku rase sayu..hhuhu
sku rindu giler kt aktiviti2 girang kite

1. midnite movie sgt best...tp skang dah dok umah x bley kuar lewat malam, nnt kena kunci dari luar..terpaksa tido dlm kete sensorang plak...huhu
2. tangkap katak sgt best juge, kecik2 dulu aku main tangkap berudu sbb ingt tuh ikan...comel kan aku mase kecik...=p...tp bile dah besar,x main dah tangkap berudu, tangkap mak bapak berudu plak, pastuh belah badan mereka dgn girangnye...weee
3. paling suke mase wat video cubaan berlari marathon tuh...first time aku sampai kat tugu negara, masjid negara dan juge dataran merdeka tuh...rindu2 nk main lari2 camtuh
4. kesatria negara ni x berapa comel sgt sbb kena bangun pagi hari sabtu pergi kawad...hhuhu
5. kutip kupon pun x berapa comel sgt unless org yg bagi kupon tuh abang hensem bergaya baru aku jadi comel....lalalala
6. pindah rumah sgt best...kite sume mmg gadis2 gagah perkasa angkat barang sampai tingkat 4 tanpa bantuan sesiapa...mesti pakcik bangga dgn kite...
7. cuti2 malaysia adalah perkara yang terbaik sekali yg berlaku pade setiap sem..walopun duit takde, tp jalan tetap jalan....memang seronok ahrr

huhu...jadi student sgt best...
rindu gler dkt ahli kelab 401...

hahaha...sorry, terpanjang plak comment aku nie...=p

Unknown said...

waaaaaaaaaaaaa entry ini telah berjaye buat aku gelak sambil nangis ngan hebatnye. aku rindu korg sume T___T

SuryaRahman said...

ckin: kelab 401. macam comel lah nama kelab kita. haha. jadik student ialah zaman paling best. minus the exam dan pakcik guard.

mana kau hilang minggu lepas ah? streamyx prob kah? buang je lah streamyx tu. broadband lagi bagus. haha. yang usb punya ah tapi. zte punye cam haram.

alin: kau memang selalu gelak sambil nangis. haha. hobi eh?

aku rindu korang jugak!!!nanti dah keje nak reunion ke shopping ke ingat aku. jangan buat2 lupa pulak mentang2 aku jauh kena naik belon semua. siap lah kalau lupa. amaran nih!!!

ckin said...

ha'ah..streamyx bengong, kalo ikut aku campak je keluat, tp takut kang ayah aku marah plak...haha

don't worry...ktrng x lupe punye la kat ko okeh...

hazwanali said...
This comment has been removed by the author.
hazwanali said...

haha

kesatria aku takde pengalaman..huhu aku setiap jumaat petang dah balik..haha..lain kali kat matrik massuk kawad..

surya nnti ko dah kat sabah, kawen ko masaklah seafood, oyster masak bah kut teh ke..

SuryaRahman said...

ckin: hah. aku dah agak dah sesuatu terjadik. kau mensepi dari dunia maya. macam pelik. macam bukan kau. haha.

ok.shopping tunggu aku eh.

hazwan: matrik aku dulu die tetapka koko ape. aku dapat sukan. mingkin die tengok aku lebih berkelayakan untuk sukan. haha.

oyster masak bak kut teh akan ku sediakan khas untuk kau hazwan. sanggup aku belajar demi kau.kau tak makan nanti siap eh. HAHAHA.