Hello!!!

Saturday, July 11, 2009

Kerinduan

Entry ini tiada kaitan dengan Encik Fitri. Harap maklum sebelum anda kemuntahan.

Saya adalah anak kedua daripada empat beradik. Along saya sudah bekerja. Saya masih menjadi penganggur berhias. Uda sedang belajar di UiTM manakala Mamat baru mendaftarkan diri di KKBN Ayer Baloi Isnin lepas. Ye. Saya kerinduan kepada beliau. Ini adalah sebab kenapa saya rindu beliau.

  1. Tiada lagi orang yang menjadi mangsa untuk merebus sosej atau cocktail pada malam hari akibat kelaparan makan malam dicatu oleh perut sendiri.
  2. Tiada lagi orang yang menjadi mangsa membeli mee di Kedai Wan bila penghuni rumah meningkat ke tahap kebuluran.
  3. Tiada lagi orang yang menjadi mangsa pergi kedai beli ais, kelapa dan keropok lekor.
  4. Tidak cukup orang nak main dua sepit. Ayah tak pandai main. Emak lagi pandang serong pada dua sepit. Along asyik terpusing-pusing je tengok kami bermain. Last sekali tinggal saya dan Uda.
  5. Dahulu, ketika kami cuma ada satu kereta untuk berjalan-jalan, seat kami adik beradik di belakang adalah tetap. Janganlah engkau berani nak ambik seat orang lain. Nescaya tercetus pergaduhan antara penumpang. OK. Tipu. Tak gaduh tapi akan rasa pelik. Mamat akan duduk sebelah saya. Bila dia nak tidur, bahu saya akan menjadi alas tidur dia. Ok. Dah rasa sebak. Taknak cerita lebih lanjut.
  6. Dahulu, bila saya mendaftar diri ke MRSM Kuantan, Mamat menangis okey masa hantar I. Ini emak yang cerita. Lepas hantar I, dia menangis dalam kereta. I ingat lagi masa ni. Lepas salam mak ayah, I terus jalan tak pandang belakang lagi dah. Kalau boleh nak terbang masuk dalam bilik sembunyi bawah katil. HAHA. Kental habis. Sebab kalau I pandang belakang sure I jadik Neng Yatimah kat situ. Dah kata gembeng. Bila Ho Sang mula ingat balik cerita lama dia dengan Sau Hao pun I boleh nangis. HAHA. Ops. Kalau tak tengok cerita tu, tak usah tanya kenapa saya nangis.
  7. Awal minggu ini, setiap kali saya melipat baju jemuran, dan ketika itu melipat baju Mamat, hati sebak sangat okey. Sebak boleh meruntun air mata tapi I tahan pasal nak tunjuk macho tak macam Uda baru cakap sikit dah berlinang pastu cakap satu lagi ayat terus berguguran. Mati lah I kalau Uda baca blog ni. Apasal tah sebak I pun tak tahu. Padahal bukan Mamat tu pergi berperang kat sempadan pastu tak tahu balik bila pastu nanti kena bom pastu hilang ingatan ke apa. Aih? Kenapa macam dah takde pedoman dah ayat ni?


Aih. Dahlah. Nanti keyboard berasa masin pastu mendapat tekanan darah tinggi pulak. Mahu pergi menjenguk Mamat lah. Mahu mengketawakan beliau kerana berjaya duduk di asrama. HAHAHAHA.

p/s: Di KKBN itu, ibu bapa saya berjumpa dengan suami kepada cikgu tadika saya. Aiseh. Malunya kalau berjumpa kembali dengan cikgu tadika sendiri. Hai cikgu, sayalah Suryahani yang dulu selalu tak minum milo kat tadika sebab ada susu tu. HAHA.




4 Words from you:

Unknown said...

face the fact, adik ko dah besar dah la :)
p/s: ye cikgu, budak yg tak minum milo tu la nak kawen ni nanti :P

SuryaRahman said...

aku tak boleh terima kenyataan. HAHAHA. gila ah. rasa dah tua je sekarang ni. ceh.

p/s: ye saye yang tak minum milo sebab bersusu tu yang dah nak kawin ni.

Mrs.Qarlista said...

awak..juz nk share sumthing.adik bongsu kite lahir mase kite darjah 4. xde maid n my mum keje. so after confinement, sayelah yg in charge jage adik sbb saye anak sulung. Siyesly I felt the same like u do bcuz, kdg2 I cant face the fact yg die dah besar. now die dah form 3 but sebulan sekali bile balik hometown, die still tido ngn kite lagik. lagipun manje gilerh budak ni. anak bongsula katekan. can't u imagine?? kdg2 bile cite ngn kawan2 diorg tak paham n akan kate "eh, bukan adik ko dah besar ke??"

whatever it is, he still a lil baby boy to me.. :P

SuryaRahman said...

nad, betul tu. mesti nad lebih terasa sebab jaga dari kecik. kite ni yang cuma membesar sama2 je pun dah terasa bile die pergi belajar jauh2.

yes, whatever it is, he is still the lil babay boy. haha. guess if adik kita berdua baca ni mesti die tergelak2.

btw, awak kat bp kat ne eh?