Hello!!!

Thursday, June 4, 2009

Jatuh Cinta

Err. Jatuh cinta lagi sekali.

Semasa di Indonesia, saya telah terbeli sepasang kasut yang saya rancang untuk dipakai semasa hari pertabalan. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi saya tidak pedulikan nya kerana hari pemakaian kasut itu adalah yang pertama dan terakhir kalinya dalam hidup saya. Walaupun begitu, alasan lebih kukuh pembelian kasut tersebut adalah nafsu yang membuak-buak diikuti syaitan nir rojim yang menerajui penshoppingan di sana. HAHA. Salahkan syaitan pulak.

Hampir tiap-tiap hari menteraicuba kasut tersebut dan berjalan seolah-olah di atas runway. Nasib baik saya tidak memakai signature outfit diikuti overside sunshades serta bling-bling earing dan necklace. Err. Perasan pulak. HAHA. Kadang-kadang saya berlari dengan memakai kasut tersebut. Engkau, engkau, engkau dan engkau pasti tahu rupa paras sifat semulajadi kasut tersebut, bukan. Engkau bayangkan lah saya berlari dengan kasut tersebut. Rasa diri macam Kimora Lee Simmons pulak. Err. Kenapa sama kan diri sendiri dengan KLS? Sebab die ada double chin dan gemuk macam aku. Ops. Double chin aku belum berkembang. Habis, takkan engkau nak saya samakan diri dengan Giselle Bundchen pulak. Aiseh. Tak sama langsung.

Definisi kasut bagi saya adalah segala bentuk alas yang dialaskan di kaki. Namun ia adalah terkecuali kepada selipar Jepun sebab selipar Jepun adalah selipar tersedap di dunia. Sluurrpp. Jarang lah mulut saya hendak memanggil kasut keluaran Giselle Bundchen bernama Ipanema sedap dipakai, kering poket dibuatnya, dengan nama sandal. Jarang juga saya memanggil high heels or stilletos or wedges or flip flop dengan nama mereka tersendiri. Lebih senang saya memanggil mereka KASUT. Tapi saya tak pernah pulak panggil mereka dengan nama sepatu. Err. Tak usah panggil begitu. Nanti mereka merajuk pula terus gigit kaki melecet seminggu.

Kenapa saya amat suka membeli kasut? Bagi saya kasut mempunyai sentimental value. Ceh. Ceh. Tipu dosa mati seksa masuk api neraka. Err. Bagi orang yang berbadan seperti saya, yang mempunyai ukuran bukan bersaiz 36-24-36, mencari baju atau seluar yang fit perfectly on your body adalah sangat susah. Saya membuat pintasan gastrik untuk menjadi kurus dan mempunyai potongan badan menggiurkan seperti di atas. Err. Tipu lagi. Ceh apa ni Surya asyik tipu je. Dah lah. Blah lagi bagus.

Err. Jangan marah pembaca bertuah. Ya. Engkau la tu yang bertuah. Balik kepada tajuk asal. Nanti cikgu marah buat karangan tak tentu hala pastu cikgu potong markah.

Oleh itu, kasut adalah penyedap hati saya di kala saya ke fitting room untuk mentry baju atau seluar dan berakhir dengan kedukaan keluar fitting room terus letak seluar baju tersebut ke dalam bakul khas sebelum disangkut semula oleh petugas tempat kejadian. Engkau mungkin ketawa membaca entry ini. Nasihat saya, engkau berhati-hatilah sebelum engkau pun berkembang megah seperti saya sekarang. Err. Karangan terpesong lagi.

Kasut tidak pernah mengira sama ada saya adalah berbadan kurus (tahun 1994) atau berbadan berisi. Mind you! Saya hanya berisi lebih. Bukan gemuk. Err. Tak sedar diri lagi. Apabila saya tertambah berat badan yang bermaksud tak sengaja tambah, atau mengkurangkan berat badan yang bermaksud wah rajinnya pergi jogging engkau ni, kasut saya tetap bersaiz 7/38. Kadang2 je kasut tersebut berubah saiz kepada 8/39. Saya suspect kerana cutting kasut tersebut. Mustahil lah kaki menjadi gemuk kan dalam masa satu hari. Hah. kantoi pergi beli kasut hari-hari. Err.

Bukan harga menjadi ukuran ketika membeli kasut. Bukan juga nama yang menjadi pertaruhan pembelian. Yang penting adalah designnya. Saya amat mementingkan tumit kasut. Walaupun design sudah cantik tip top hati cair air liur meleleh malam termimpi siang terbayang, tapi jika tumit tidak saya gemari, saya tidak akan membeli. Begitu juga design yang bagi saya entah apa-apa budak darjah satu pun boleh lukis macam tu.

Koleksi peribadi kasut saya saya kira lebih kurang 30 pasang. Dalam kereta saya saja lebih kurang 15 pasang. Yang berada dalam kotak tersimpan rapi kes special occasion punye kasut ada dalam 5 pasang. Yang bersepah-sepah tanpa pemeliharaan pulak ada dalam 10 pasang. Yang hilang, wallahualam. Itu yang bersifat peribadi. Ada jugak kasut bersifat universal. Iaitu kasut pinjam. Syukur Along dan Uda mempunyai kaki bersaiz 7 juga. Oleh itu, kasut mu, kasut ku jua. HAHA.

Bukanlah hendak bermegah atau apa menceritakan hal kasut berpasang-pasang ni. Nanti ada pulak yang merungut terasa tertipu dengan entry kali ini ingatkan Surya jatuh cinta pada cowok indon ganteng lagi semok . HAHA.Saya hanya hendak berkongsi kecintaan saya pada kasut. Kerana diriku begitu berharga. HAHA.

Kasut selalu membuat saya jatuh cinta. Kalau anda nak mengurat saya, belikan lah saya kasut setiap hari sepasang. Jangan lupa ye saiz 7. Saiz kaki model. Err. Saiz je. Kaki tidak pulak. HAHA. Sekadar makluman, Nine West tengah buat sale sekarang. Apa lagi, silalah ngurat saya. HAHA.

The point is, saya jatuh cinta sekali lagi dengan kasut yang terbeli di Indon itu.

Dan saya masih terbayang kasut merah di rak depan kalau masuk je terus nampak kasut tersebut di Terminal Tas Bandung. Air liur meleleh.




6 Words from you:

ckin said...

wei, kasut beli kat indon tuh simpan dulu la..belum mase nk pakai lg, ko gie berlari2 dgn kasut tuh buat ape..tercabut heelsnye kang menangis x berlagu nnt...

kasut merah cun tu pun best jugak..mesti ko tido termimpi2 sampai meleleh air liur basi terkenang kasut merah tuh kan??..pasti punya...

SuryaRahman said...

err.cinta secara banyak pada kasut tersebut sebab tu berlari pun nak pakai kasut tersebut. heels tak tercabut sebab lari hanya beberapa langkah sudah habis rumah ditawaf.

air liur meleleh tapi bukan basi punya. masih segar baru dibuat oleh salivary gland. fresh from the duct. err. geli pula. haha.

Unknown said...

hahaha welcome to the club 'mengenang kasut yg tak terbeli'. aku ingat lagi sehhhh kasut aku tak bli mase nak gi dinner 1st year. melepas sudaaa :P

SuryaRahman said...

hazlin: benda yang terlepas harus terkenang kan. engkau lagi lama mengenang kasut terlepas. apa perasaan engkau setiap kali terbayang kasut tersebut? sebak tak? haha.

kasut merah. i miss you. i miss you. kembali padaku. bagai waktu dulu. err. kenapa keluar lagu 4u2c ni?

azie said...

oit..ko dah tawaf satu rumah ngan kasut tu ko buat runway ke ape?haha.ni kalah KLS ni..

SuryaRahman said...

kalau KLS tengok memang die menangis tujuh tempayan tak boleh cari makan lagi pasni. HAHA.