Hello!!!

Monday, June 1, 2009

Bulan Datang Bulan

Mereka kata: Barang sesiapa yang lahir di bulan April, maka orangnya, perihalnya dan lagaknya adalah seperti berikut;

Active and dynamic

Sejak bila pulak saya ni aktif? Boleh buat kenduri 7 hari 7 malam kalau saya berlari 400m tanpa henti.

Decisive and hateful but tends to regret
Yang ni macam betul sikit. Cepat nyesal. Aiseh. Kenapa buat pengakuan berani mati ni?

Attractive and affectionate to oneself
Yang ini memang betul. Kalau tak takkan engkau orang baca blog saya yang attractive lagi menagihkan ni.

Strong mentality
Strong secara banyak sampai gigih menangis kena tinggalkan Encik Fitri kat balai berlepas KLIA pagi tadi. Err. Nangis dalam hati sebanayk satu sungai.

Loves attention
Ini mentipu. Mentipu. Saya tidak suka pemerhatian diperhatikan.

Diplomatic
Sejak bila entah saya jadi diplomatic. Mungkin minggu depan kot. Boleh dipraktikkan bila adik mintak kunci kereta saya untuk dibawa bersiar-siar, saya akan cakap secara diplomatik seperti begini:

Adik, kereta tersebut berkata kepada saya semalam bahawa beliau tidak mahu dibawa berjalan-jalan oleh kamu kerana tangan kamu kasar seperti buruh binaan. Tidak seperti tangan saya lembut seperti Softlan Ultra Floral Peach.
Consoling
Err. No comment.

Friendly and solves people's problems
Err. Perlu difikirkan. Friendly? Pernah bercita-cita. Solve problem? Err. Tambah problem ada lah.

Brave and fearless
Err. Malam-malam, lepas pergi toilet menjalankan panggilan semulajadi, pasti berlari-lari setempat untuk balik ke bilik. Berani, kan?

Adventurous
Betul. Betul. Betul. Contoh paling jitu, mengembara ke seluruh pelusuk Jusco sambil merempuh tentera-tentera bertroli gajah ketika JCard day.

Loving and caring
Ha. Ini memang tak dapat disangkal lagi. Bukti kukuh, Encik Fitri.

Suave and generous
Err. Err. Err. InsyaAllah. HAHA.

Emotional
Sumpah. Ini memang betul.

Revengeful
Err. Err.

Aggressive
Memang pun. Bol;eh buat kenduri kalau aku sopan santun lemah lembut gemalai macam sotong.

Good memory
I would say, yes. Saya pernah tersuruh hafal teks bahas dalam masa satu malam. I did it, man.

Moving
Absolutely. Cukup sifat boleh jalan. Alhamdullillah. HAHA.

Motivate oneself and the others
Motivate ke arah kegelapan. Juara 3 tahun berturut-turut.

Sickness usually of the head and chest
Aiseh. Memang betul lah. Saya selalu mengalami sakit kepala sangat mensengsarakan berciri aku-nak-hentak-kepala-kat-dinding-tapi-takut-kepala-pecah-bersepai-pastu-jadi-orang-tanpa-kepala. HAHA.

Easily get too jealous
Kena betulkan ni. Very easily get too unjealousy. Hah? Apa engkau cakap nih blah kang baru tahu. Saya bukan senang-senang nak cemburu. Takde hal pun. Saya percaya pada Encik Fitri sebagaimana beliau mempercayai saya. Tiada istilah cemburu membabi buta. Tapi cemburu mengada-ngada itu ada. Aiyok kantoi tak tahu. Malu sorok muka.

Tapi saya cemburu kepada 2 manusia ini: Shah dan Mok. Tunggulah saya kahwin dengan Encik Fitri, pasti saya membuat beribu alasan supaya beliau tak dapat keluar bersama kamu. Ini amaran. Keras tahu. HAHA.








0 Words from you: