Hello!!!

Wednesday, May 20, 2009

Indonesia Part 3

16th May 2009

Setelah mengalami kejatuhan duit secara mendadak semalam, maka aktiviti hari ini adalah berjalan sambil mencuci mata. Maksud saya, cuci mata melihat pemandangan. Bukan cowok ye. Tak lalu aku nak tengok. HAHA.



Selepas bersarapan (nasi kuning lagi. HUHU.), kami pun bertolak ke Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu ialah sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif tak silap saya (correct me if i'm wrong). Pemandangan adalah sangat indah. Penyaman udara adalah semula jadi. Penghiduan adalah sangat busuk. HAHA. Tempat tersebut sangat nyaman. Kamu boleh membeli muffler dan beraksi seolah-olah ianya adalah di New Zealand, Pahang. HAHA. Tapi muffler adalah keperluan. Sejuk weih kat atas tu. Nak beku leher aku ni. Err. Tipu saja.



Dalam perjalan turun, kami singgah di Kebun Strawberry. Hah. Dah macam orang hilang akal pulak beraksi sepenuh jiwa raga memetik strawberry macam kepunyaan sendiri. Tiket masuk hanyalah IDR 2000. Kalau nak masuk and dapat jus strawberry IDR 5000. Harga strawberry yang dipetik adalah mengikut berat pempetikan. 1 kg IDR 60000. Lebih kurang RM 20. Kalau engkau tak percaya, engkau kira sendiriu. IDR 1 juta = RM 344. Kami pun ada membeli blueberry yang snagat sedap hingga menjilat jari dan raspberry yang sedap sampai termuak-muak makan. Memang murah tumbuh-tumbuhan tersebut di sana.



Setelah itu, kami menuju ke FO lagi. Kali ini Donatello, Natural dan Rumah Mode. Huh. Meroyan sekali lagi kat FO. HAHA. Sehingga kami berjanji untuk mengumpul IDR 50 juta baru datang balik. KAHKAH. Tah zaman bila la tu.

Sempat pulak kami merembat aiskrim durian yang sangat sedap sampai rasa nak mintrak refill kat pakcik bertugas tersebut. Aiskrim durian berharga IDR 7000.

Pastu kami menuju ke Jalan Cihampelas untuk membeli oleh-oleh Bandung berupa pisang cheese yang sering tersebut-sebut oleh Alin. Setelah itu, kami menuju ke FO-FO sebelumnya untuk membuat pembelian saat akhir sebelum menuju ke Jakarta esok.



0 Words from you: